[VIDEO] Jokowi terkedu, lelaki tarik lengan mengadu gaji tertunggak 6 tahun


  • Benua
  • Rabu, 15 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan Jokowi (kiri) yang terkejut apabila dihampiri seorang lelaki tidak dikenali ketika sidang media di Indonesia pada Selasa. — Agensi

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila secara tiba-tiba cuba mendekati Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika sidang media di Hospital Daerah Konawe, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Selasa.

Menerusi video tular di Twitter (X) sejak Rabu, lelaki berbaju batik coklat itu dilihat menghampiri Presiden yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi secara melulu.

Dia juga kelihatan cuba menyentuh dan menarik lengan Jokowi sebelum dihalang pengawal peribadi Presiden tersebut.

BACA LAGI: Gunung Ruang meletus lagi, notis penutupan lapangan terbang dilanjutkan

BACA LAGI: [VIDEO] Gunung Ruang meletus lagi, tahap amaran tertinggi dikeluarkan

Dalam video sama, kedengaran lelaki berkenaan meminta simpati Jokowi dengan meluahkan bahawa tidak menerima gaji selama enam tahun.

"Tuan, gaji saya ditahan selama enam tahun tuan," katanya.

Jelas kelihatan Jokowi pada ketika itu terkejut dan terkesima beberapa saat sebelum kemudiannya meneruskan kata-katanya di hadapan para pengamal media.

Mengulas lanjut tentang kejadian itu, Pemangku Timbalan Protokol, Akhbar dan Media Sekretariat Presiden, Yusuf Permana mendedahkan, lelaki terbabit hanya mahu membuat aduan tentang status pekerjaannya.

"Individu itu didapati bekerja di Kecamatan Lambuya, Kabupaten Konawe yang sememangnya mempunyai isu gaji sebelum ini," katanya.

Isu tersebut sekali gus mendapat perhatian kerajaan wilayah tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram