'Orang lain tak mai dah, tapi hangpa mai', Syamer Kutty terharu dapat sokongan kuat fans Penang saat prestasi merudum


  • Podium
  • Isnin, 21 Okt 2024

Syamer (depan) berterima kasih kepada penyokong Penang yang masih datang ke stadium menyaksikan aksi mereka.

PERSEMBAHAN Penang FC dalam Liga Super masih lagi tidak menunjukkan peningkatan ketara dengan mereka tumpas kepada Sri Pahang FC 0-1 dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Kekalahan tersebut membuatkan menduduki tangga kesebelas liga dengan 11 mata sambil merekodkan kekalahan kelima mereka musim ini.

Jelas sekali, persembahan buruk skuad Akmal Rizal tidak disenangi penyokong apabila Harimau Kumbang terus gagal memperoleh kemenangan walaupun berdepan lawan setara dengan mereka.

BACA LAGI: Gaji tak sangkut, cuma fans pelik kenapa Penang FC ‘toya’ berdepan kelab bernasib lebih malang

BACA LAGI: 'Budak baik' Penang takkan lupa detik jaring gol pertama Harimau Kumbang

Prestasi buruk itu nyata memberi kesan kepada kehadiran penyokong dengan mereka tidak lagi membanjiri Stadium Bandaraya setiap kali Penang beraksi.

Malah pada perlawanan bertemu Sri Pahang, hanya 1104 penyokong tuan rumah yang turun untuk memberikan sokongan. Namun begitu, ia cukup bermakna buat Syamer Kutty Abba.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pemain tengah itu cukup terharu dengan komitmen penyokong Penang untuk ke stadium walaupun semakin ramai yang 'merajuk' dengan kelab kerana berprestasi buruk.

"Saya nak cakap ni, terima kasih kepada 1400 (1104) orang mai ni. Orang lain tak mai dah, tapi hangpa mai untuk kami," kata Syamer kepada penyokong selepas perlawanan.

Syamer mengerti kemarahan penyokong mengenai prestasi buruk dialami Penang. Namun begitu, dia menjelaskan yang Penang sudah memberikan yang terbaik di padang.

"Kami cuba, tapi cuba kami tak cukup baik. Kami faham, kami beruntung, orang lain tak ada gaji, kami ada gaji.

"Anda gaji hari, kami main bola empat jam, ada duit. Saya kalau duduk tempat anda, saya akan buat benda yang sama (marah pasukan)," ujar Syamer.

Selepas bertemu Sri Pahang, Penang akan melayan kunjungan Sabah pada 25 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram