KEMENANGAN Manchester United 2-1 ke atas Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu tidak menjanjikan masa depan yang cerah buat Eric Ten Hag selaku pengendali The Red Devils.
Man United yang hanya mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan selebihnya tewas dalam lapan perlawanan EPL setakat ini membuatkan kedudukan Ten Hag semakin terancam dengan pelbagai nama jurulatih disebut akan menggantikan posisinya.
Antara nama pengendali yang kerap dikaitkan dengan skuad The Red Devils ialah nama legenda Perancis, Zinedine Zidane dengan dia difahamkan boleh tiba seawal pertengahan musim iaitu Januari 2025 sekiranya kontrak dipersetujui.
BACA LAGI: Zidane letak syarat Man United mesti bawa pertahanan Perancis jika mahu gantikan Ten Hag
BACA LAGI: Posisi Ten Hag semakin terancam, 4 jurulatih sesuai boleh jadi sasaran Manchester United
Bagaimanapun, keadaan Zidane yang sehingga kini masih tidak memberikan sebarang respons mengenai masa depannya sebagai pengendali Man United membuatkan pihak pengurusan perlu mencari calon lain.
Memetik laporan Daily Mail, Manchester United difahamkan sudah mengadakan perbincangan dengan legenda Barcelona, Xavi Hernandez untuk membimbing pasukan berkenaan dan kembali menjadi kuasa besar EPL.
"United menemu bual beberapa jurulatih lain tetapi Manchester United nampaknya mengekalkan pilihan mereka dan telah mengadakan perbincangan dengan Xavi sebanyak dua kali dalam beberapa bulan terakhir ini," menurut Daily Mail.
Zidane masih belum memberi sebarang kata putus untuk menjadi pengendali Man United. — Agensi
Xavi, yang dianggap sebagai salah seorang pemain tengah bola sepak terbaik sepanjang zaman telah kehilangan pekerjaan sejak dipecat oleh Barcelona pada Mei lalu susulan gagal memenangi sebarang trofi musim in
Bekas jurulatih Bayern Munich dan Jerman, Hansi Flick kemudiannya dipilih untuk menggantikan Xavi.
Ketika kariernya sebagai pemain, Xavi adalah tonggak utama dalam pasukan Barcelona selama lebih sedekad dan memenangi lapan gelaran La Liga dan empat trofi Liga Juara-Juara sepanjang tempoh kejayaannya di kelab itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram