MENJADI satu nikmat dalam sukan apabila seseorang atlet berjaya menjadi johan dalam apa jua pertandingan yang diceburinya.
Tidak kira sama ada ia adalah sukan berpasukan atau individu, pastinya nikmat apabila berjaya meraih kejayaan amatlah tidak tertanding nikmatnya.
Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sukan perlumbaan, kejayaan berjaya menjadi yang paling pantas melepasi garisan penamat tidak dapat digambarkan keseronokannya.
Itulah yang terjadi buat pelumba MotoGP daripada Sepanyol iaitu Jorge Martin yang berjaya menjadi juara dalam perlumbaan yang diadakan di Portugal.
BACA LAGI: 'Jurulatih pergi, 'owner' kekal', penyokong Kelantan berang kelab lepaskan Alfredo Vera ke Indonesia
BACA LAGI: 'Tak mustahil Top 3', squad depth Perak FC dipuji seimbang lepas mula langkah kanan
Ketika menjuarai perlumbaan tersebut, Martin mencipta sensasi apabila dia melakukan keraian ikonik yang dilakukan oleh legenda Portugal iaitu Cristiano Ronaldo.
Martin melakukan keraian siuu yang sering dikaitkan dengan Ronaldo dari atas jenteranya sebaik saja dia melepasi garisan penamat apabila menjadi pelumba terpantas dengan catatan masa 41:18.138 meninggalkan Enea Bastianini di tempat kedua serta Pedro Acosta di kedudukan ketiga.
Lebih manis, keraian yang dilakukan oleh Martin itu dilakukan di depan pengurus bola sepak terulung Portugal iaitu Jose Mourinho yang diberikan penghormatan sebagai pengibar chequered flag.
Dengan kemenangan itu telah membolehkan Martin mendahului kedudukan pelumba keseluruhan dalam MotoGP dengan meraih 60 mata dengan dia meninggalkan Brad Binder (42 mata) di tempat kedua serta Enea Bastianini (39 mata) di kedudukan ketiga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram