Komitmen punca Jurgen Klopp tolak tawaran Man United


  • Podium
  • Khamis, 17 Okt 2024

Ferguson (kiri) pernah cuba membawa Klopp (tengah) ke United pada 2013.

SEBUT saja nama Jurgen Klopp, pasti ramai yang mengaitkannya dengan Liverpool kerana di situlah dia banyak mencipta kejayaan dalam bola sepak England.

Namun begitu, namanya tidak pernah sunyi daripada dikaitkan dengan Manchester United. Malah, sebelum ke Liverpool, Klopp begitu hampir untuk menyertai The Red Devils.

Sebelum ini, ramai mengetahui yang kisah Klopp tak jadi ke United dihalang oleh isterinya iaitu Ulla. Namun, kini pengurus itu sendiri mengesahkan kenapa perpindahan ke United itu tidak pernah berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ditamat kontrak, Sir Alex Ferguson dilarang teruskan tradisi Man United

BACA LAGI: Langkah berjimat, Man United ‘buang’ Alex Ferguson

Pada 2013, nama Klopp pernah dipertimbang oleh Sir Alex Ferguson untuk menggantikanya. Ketika itu, Klopp begitu cemerlang bersama Borussia Dortmund hingga berjaya mendominasi Bundesliga.

Tanpa menafikan watak isterinya yang membantu untuk tidak ke United, Klopp mendedahkan yang Ferguson sendiri menghubunginya untuk mendapatkan khidmatnya.

Tetapi kerana komitmen bersama Dortmund, pengendali berbangsa Jerman itu menolaknya.

jurgen-klopp-trophy

Tidak ke United, Klopp kemudiannya ke Liverpool dan memenangi gelaran EPL pada 2020.

"Kami ada bercakap, tapi tak banyak. Tapi perbualan singkat itu cukup bermakna untuk saya. Ia adalah satu penghormatan besar, tapi saya tak boleh tinggalkan Dortmund.

"Anda berada pada April dan dalam perancangan untuk musim seterusnya. Anda mempunyai pemain itu dan pemain ini yang datang tetapi anda tiada pula di situ? Itu nampak tak kena, tidak dalam hidup saya.

"Saya tidak mendengar sebarang tawaran rasmi daripada United. Tapi jika ada, saya tak boleh ambilnya. Saya perlu selesaikan tugas bersama Dortmund sebelum fikirkan hal lain," kata Klopp.

Klopp berkata cara yang sama dilakukannya ketika bersama Mainz sebelum pergi menyertai Dortmund. Malah di Liverpool, dia meninggalkan kelab tersebut dalam keadaan baik sebelum Arne Slot menggantikannya.

United kemudiannya melantik David Moyes sebagai pengganti dengan dia kemudiannya dipecat selepas sembilan bulan mengendalikan kelab itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram