ARSENAL bersedia untuk turun menentang seteru liga, Liverpool pada Isnin tanpa kelibat pemain pertahanan mereka iaitu William Saliba.
Sebelum ini, Saliba dibuang padang selepas melakukan kesalahan menafikan peluang menjaringkan gol sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Bournemouth.
Dalam perlawanan tersebut, kad merah diterima Saliba menyebabkan Arsenal kemudiannya tumpas 0-2 kepada The Cherries.
BACA LAGI: [VIDEO] Dituduh punca Arsenal beraksi 10 orang, EPL perjelas campur tangan Howard Webb
BACA LAGI: Masa terbaik Arsenal menang EPL, orang kuat Pep Guardiola bakal tinggalkan Man City
Detik Saliba (atas) menjatuhkan Evanilson (bawah) yang menyebabkan dia dibuang padang.
Saliba yang menjatuhkan pemain Bournemouth, Evanilson, pada mulanya diberikan kad kuning. Namun begitu, semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menukar keputusan tersebut daripada kad kuning kepada kad merah.
Kad merah itu menyebabkan Saliba terlepas aksi bertemu Liverpool di laman sendiri yang dilihat boleh menentukan hala tuju kejuaraan EPL musim ini.
Namun begitu, laporan di England menyebut yang Arsenal tidak berhasrat untuk melakukan rayuan terhadap kad merah diterima pemain antarabangsa Brazil itu.
Dengan keputusan tersebut, ia akan mengekalkan tempoh gantung satu perlawanan buat Saliba.
Oleh itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta perlu mencari jalan untuk meletakkan pengganti Saliba. Nama seperti Jurrien Timber dilihat berpotensi untuk diturunkan bagi berdepan Liverpool.
Namun begitu, situasinya masih menjadi tanda tanya selepas Timber dikeluarkan akibat cedera semasa bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 1 Oktober. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram