REKOD tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) lebur di Korea Selatan apabila mereka tumpas 1-3 kepada Gwangju pada Rabu.
Beraksi dalam hujan lebat sepanjang perlawanan, ia menganggu perjalanan taktikal JDT walaupun ada masanya mereka menguasai perlawanan dengan melakukan pelbagai percubaan.
Akan tetapi, kesilapan oleh Feroz Baharudin pada 10 minit awal permainan menyukarkan JDT apabila mereka bolos gol awal.
BACA LAGI: Prospek JDT II sertai 'awayday' ke Korea, ramai tunggu lampu hijau debut skuad senior
BACA LAGI: Bukti masih sayang, bekas jurulatih serap 'roh' 2022, optimis JDT boleh jinakkan Gwangju
Hal ini kerana, Gwangju memperoleh dua gol pada 10 minit pertama hasil jaringan Jasir Asani yang berpunca daripada kesilapan Feroz.
Namun begitu, pemain itu berjaya menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol menerusi tandukan dalam situasi sepakan penjuru pada minit ke-28 menjadikan kedudukan 2-1 kepada Gwangjun pada 45 minit pertama.
Park Jun-heong menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Gwangju.
Separuh masa kedua, menyaksikan JDT terus cuba mencari gol penyamaan namun usaha mereka dinoktahkan oleh jaringan sendiri Park Jun-heong pada minit ke-88.
Melihat kepada persembahan Feroz, rata-rata penyokong JDT pada mulanya kecewa dengan kesilapan Feroz namun jaringan olehnya membuatkan mereka sedikit lega.
"Tarik balik yang kecam Feroz tu, dia dah beri satu gol tu," kata penyokong bernama Zira Nazari.
"Feroz memang punca untuk gol kedua tu tapi dapat juga tebus balik untuk naikkan semangat pasukan," komen Taufiq Shah pula.
"JDT lambat panas, sekarang (lepas jaringan Feroz) mula tunjuk taring," ujar Almahadi Abdul Latip. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram