'Pemilik Liverpool, Man United pun tak block fans', tindakan FAM sekat penyokong diselar pemerhati


  • Podium
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Penyokong Harimau Malaya sepatutnya mendapat layanan baik daripada FAM. — Facebook/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya menjadi organisasi yang menjaga hubungan baik antara penyokong dan skuad kebangsaan, bukannya bertindak negatif dan melenting jika dilempar kritikan dari peminat.

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Piang Shankly apabila sesetengah penyokong Harimau Malaya mengadu kepadanya mendapat layanan tidak sepatutnya dari badan induk berkenaan.

Layanan kurang tertib yang dimaksudkan ialah apabila akaun media sosial mereka disekat daripada mengikuti laman rasmi FAM di platform Instagram, Twitter (X), Facebook dan ia berlaku selepas kelompok penyokong itu memberi komen berbaur teguran atau kritikan.

BACA LAGI: Dakwaan beri layanan buruk, FAM perlu segera respons demi imej bola sepak

BACA LAGI: Dilantik duta rasmi PDRM FC, Amir Masdi bakal hasilkan lagu 'chant', podcast sembang bola

Perkongsian daripada sesetengah penyokong itu menarik minat Piang dengan pemerhati bola sepak tanah air berkenaan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang kurang wajar dari badan induk tersebut.

"Saya pasti yang kena block semua itu adalah peminat dan penyokong Harimau Malaya. Tak sangka FAM dah jatuh ke level sehina ini? Lebih teruk dan parah dari pentadbiran lama. FAM bukan milik presiden atau exco.

"Bola sepak Malaysia dan FAM adalah milik rakyat, milik peminat dan penyokong. Presiden dan exco diamanahkan untuk menjaga bola sepak Malaysia. Bekerja untuk peminat dan penyokong, bukan block atau menjauhkan lagi mereka dari Harimau Malaya.

"Kena sedar sebab penyokong dan peminat lah FAM dapat duit dari kerajaan, tajaan dan pelbagai sumber komersial yang lain untuk bayar gaji presiden, elaun exco, gaji staf dan lain-lain.

"Kritikan dan teguran adalah part & parcel of football. Mereka kritik sebab mereka cakna dan sayangkan bola sepak Malaysia. Fikiran dan cara kerja jangan terlalu jumud dan rigid. Kena kritik sikit terus koyak dan block.

"Ingat FAM adalah persatuan sukan kebangsaan, bukan kelab persendirian atau syarikat yang dimiliki oleh pemegang saham. Anda disana hanya untuk satu penggal. Penggal seterusnya belum tentu anda kekal. Tapi peminat dan penyokong akan terus kekal bersama Harimau Malaya," katanya pada hantaran di laman Facebook.

Pemerhati itu juga menjadikan bekas pemilik Liverpool iaitu Hicks & Gillett dan bekas pemilik Malcom Glazer, yang dulunya menerima kecaman teruk daripada penyokong namun tidak pernah menyekat peminat The Reds daripada mana-mana media sosial.

Menurutnya, Christopher Raj selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media FAM sepatutnya menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik penyokong dan persatuan.

dalam dalam

Tangkap layar salah seorang penyokong skuad kebangsaan disekat di Twitter.

"Aku harap Chris Raj boleh buat sesuatu dengan isu ini. Nak harapkan Setiausaha Agung (GS) hmmm. Kalau ini adalah arahan presiden, Chris sebagai pengerusi harus tegur dan nasihat presiden. Arahkan staf media untuk unblock mereka.

"Ingat tanggungjawab anda kepada penyokong dan kepada penaja! Saya pasti Chris lebih arif berkenaan ini. Bayangkan penaja dapat tahu FAM sekat penyokong dari akses kepada Harimau Malaya. FAM sekat exposure & mileage untuk penaja.

"Jika Chris tak buat apa-apa biarkan perkara ini, dia juga tak layak diberi tanggungjawab menjaga Harimau Malaya," kongsinya.

Dalam perkembangan berbeza, Piang mendedahkan sudah mendapat respons daripada Christopher dan difahamkan beliau sudah mengarahkan untuk tidak lagi menyekat mana-mana penyokong di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram