[VIDEO] Rai gol bak tonggak Liverpool, hakikatnya pemain muda Thailand hanya tanggung malu


  • Podium
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Tangkap layar pemain muda itu dilihat terus meraikan percubaannya namun hakikatnya ia tidak menembusi gawang lawan.

TAHAP keyakinan seorang pemain muda di Thailand meraih perhatian penyokong bola sepak global apabila tindakannya yang meraikan kejayaan terlalu awal menjadi bahan jenaka.

Menerusi satu video tular di media sosial, remaja lelaki itu dilihat terus memandang kamera untuk meraikan percubaannya namun hakikatnya ia tidak menembusi gawang lawan.

Bola berkenaan tidak berhasil masuk ke dalam gawang apabila seorang pemain pertahanan lawan dengan berani menepis percubaan rembatan penyerang muda itu dari garisan.

BACA LAGI: Anggap gol jumpa Kedah yang terbaik, Paulo Josue kekal komited bersama KL City

BACA LAGI: Puas hati dengan taktikal Nafuzi, gol ofsaid Sony Norde dibalas tandukan cantik Cleyton

Lebih mencuit hati penyokong apabila pemain yang menyarung jersi bernombor tujuh itu terlalu sibuk melakukan rutin perayaannya sehingga tidak dapat melihat keberadaan bola tersebut.

Jika diamati, gaya keraian pemain muda itu seolah-olah diinspirasikan dari rutin bek Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan pemain legenda Arsenal iaitu Mesut Ozil.

Berdasarkan reaksi penyokong Thailand, ada yang mengatakan bahawa pasukan pemain tersebut terlalu selesa dengan keputusan semasa perlawanan apabila mereka sudah mendahului 5-0.

“Nasiblah jurulatih pemain ini tidak memarahinya selepas itu,” kata penyokong negara jiran, Andre Chandra.

“Pemain ini lebih sesuai jadi pelawak daripada menjadi pemain bola,” komen salah seorang penyokong, Bhone Myat Thu.

Dalam pada itu, ramai berharap agar video berkenaan menjadi pengajaran kepada semla pemain muda untuk tidak meraikan terlalu awal sehingga melihat bola sudah memasuki gawang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram