'Pening' situasi Alexander-Arnold dengan Liverpool, Real Madrid mula sasar bek Tottenham


  • Podium
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Alexander-Arnold sememangnya berminat dengan perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa musim lalu. — Agensi

KHABAR angin mengatakan Real Madrid berusaha giat mendapatkan khidmat Trent Alexander Arnold tidak lagi asing apabila pemain antarabangsa England dilaporkan sudah menolak tawaran kontrak baharu daripada Liverpool.

Dia yang sudah bersama skuad The Reds sejak di peringkat akademi disebut-sebut mahu mencari cabaran baharu dalam kariernya selepas memenangi kesemua kejohanan di peringkat kelab.

Jadi, dengan tiada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya memikat hatinya, pemain pertahanan kanan terbabit mahu menyertai skuad Los Blancos yang mula mendominasi Eropah sejak beberapa musim lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Disebut berdarah Perlis, Malaysia mahu dapatkan bekas pemain Tottenham?

BACA LAGI: Man U sedia guna khidmat ubi muda Perancis ratah Tottenham

2176981057.0

Kecederaan dialami Carvajal memaksa Real Madrid mencari bek kanan baharu. — Agensi

Malah, ura-ura itu dikuatkan berikutan kecederaan dialami bek kanan utama Real Madrid, Dani Carvajal yang menyaksikannya terpaksa direhatkan untuk beberapa bulan.

Bagaimanapun, Liverpool seakan-akan enggan melepaskan Alexander-Arnold apabila pihak pengurusan kelab dilaporkan mahu mengaktifkan klausa dalam kontrak yang akan mengikatnya untuk semusim lagi.

Meskipun hasrat itu masih belum dilaksanakan, juara EPL 2019/20 itu sedang giat memujuk pemain berusia 26 tahun berkenaan untuk terus kekal berada dalam barisan pertahanan kelab.

Menyedari hal berkenaan, Real Madrid difahamkan segera mencari pengganti baharu dengan pertahanan antarabangsa Sepanyol, Pedro Porro sedang diperhatikan mereka.

pedro-porro-tottenham-2024-2025-1048942823h-1727263739-149223

Pedro Porro cemerlang dalam aspek serangan mahupun pertahanan. — Agensi

Bek kanan berusia 23 tahun itu cemerlang sejak beraksi bersama Tottenham Hotspur, baik dari segi serangan mahupun pertahanan dengan dia beberapa kali diangkat sebagai tonggak utama kelab London terbabit.

Tetapi, hasrat mendapatkan pemain tersebut bukanlah mudah memandangkan majikannya kini tidak mahu melepaskan seseorang yang berkualiti meskipun menerima tawaran bernilai jutaan ringgit.

Selain itu, Spurs juga melihatnya sebagai bintang utama yang sukar dilepaskan memandangkan pemain lain seperti Djed Spence dan Matt Doherty sukar meraih minit permainan sejak kehadirannya.

Bagaimanapun, sekiranya Real Madrid melihat Porro sebagai solusi jangka masa panjang di posisi pertahanan sayap kanan, mereka pasti bersedia untuk melaburkan sejumlah wang besar pada jendela perpindahan akan datang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram