KERUSI pengurus Manchester United masih terisi, namun begitu ia mungkin dikosongkan pada bila-bila masa kerana kedudukan Erik ten Hag berada dalam bahaya.
Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan tersebut seperti Thomas Tuchel dan Zinedine Zidane. Namun begitu, Tuchel sudah terkeluar daripada senarai selepas dia menyertai skuad kebangsaan England.
Buat masa ini, mungkin nama Zidane saja yang ada dalam senarai pengganti. Tetapi sebenarnya terdapat nama lain berada dalam radar United.
BACA LAGI: Zidane letak syarat Man United mesti bawa pertahanan Perancis jika mahu gantikan Ten Hag
BACA LAGI: Komitmen punca Jurgen Klopp tolak tawaran Man United
Nama itu adalah Thomas Frank yang kini bersama-sama Brentford. Menjelang pertemuan antara kedua-dua kelab pada Sabtu, Frank mengatakan yang dia tidak menutup pintu untuk ke United.
Walaupun begitu, pengendali dari Denmark itu menegaskan yang dia gembira bersama-sama kelab London tersebut.
Frank (kiri) tidak menutup ruang hatinya untuk United.
"Saya sudah cakap banyak kali yang saya gembira di Brentford. Siapa yang tahu apa akan jadi di masa depan? Saya mungkin kekal di sini untuk tempoh yang lama. Saya terbuka, mungkin sesuatu akan terjadi. Tapi yang paling penting, saya amat gembira dan mahu jadikan kelab ini lebih baik.
"Ia sukar untuk meramal masa depan, siapa tahu apa yang akan jadi? Berapa ramai jurulatih yang kekal di kelab yang sama lebih daripada enam tahun? Sangat sikit," ujar Frank.
Nama Frank berkemungkinan disaran oleh legenda kelab iaitu David Beckham sewaktu bertemu dengan pemegang saham minoriti kelab iaitu Sir Jim Ratcliffe.
Beckham mengatakan yang penyokong sudah muak dengan barisan pengurusan sedia ada dan mereka inginkan pembaharuan.
"Saya sangat sukakan Ratcliffe, saya ada berjumpa dengannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini bersama kawan-kawan yang lain. Saya rasa yang dia adalah penyokong kelab dan seorang usahawan hebat. Dia adalah salah seorang yang terbaik.
"Saya rasa penyokong sudah hilang percaya dengan pengurusan sejak beberapa tahun ke belakang. Saya rasa kita sebagai penyokong United sudah cukup sabar sejak beberapa tahun dan kita mahukan kegemilangan seperti di masa dahulu. Kita mahukan hari-hari tersebut, lagi cepat lagi bagus," komen Beckham.
Jika United tewas kepada Brentford di laman sendiri, posisi Ten Hag dilihat semakin terancam dan boleh membuka jalan kepada pemecatannya sebagai pengurus. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram