'Amanah harus dijalankan', Rizal Ghazali tak putus harap, tunggakan 7 bulan gaji 'settle'


  • Podium
  • Ahad, 20 Okt 2024

Rizal memberi mesej kepada pihak pengurusan supaya melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. — Facebook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC menamatkan penantian lima perlawanan untuk merekodkan kemenangan dalam Liga Super apabila mereka menundukkan Terengganu FC di laman sendiri pada Jumaat.

Gol tunggal daripada Cleylton pada masa tambahan babak pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata milik skuad Sang Kenari yang melangkah ke kedudukan kesembilan.

Keputusan itu juga sudah tentu membawa kegembiraan buat penyokong Hijau Kuning yang sudah lama khuatir akan kebajikan pemain berikutan isu tunggakan gaji sejak awal musim lalu.

BACA LAGI: Rizal Ghazali 'pecah telur' pastikan Sang Kenari tak patah sayap jumpa KDN FC

BACA LAGI: 'Carilah kelab lebih baik,' kepak Kenari akur jika benar Kalamullah, Rizal tinggalkan Kedah

463949445_582526567461858_6534121609293582242_n

Penyokong Hijau Kuning terus meminta penjelasan daripada pihak pengurusan Kedah. — Facebook/KDA FC

Meskipun laporan mengatakan pihak pengurusan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian, mereka yang membisu membuatkan orang ramai terus berteka-teki mengenai nasib pasukan.

Malah, beberapa pemain juga mula bertindak mendedahkan isu dialami itu di media sosial kerana masing-masing sudah tidak tahan dengan sikap pihak atasan KDA FC yang mengabaikan nasib mereka.

Baru-baru ini, seorang lagi tonggak skuad Sang Kenari membuka mulut, iaitu Rizal Ghazali yang menceritakan situasi mereka susulan kemenangan tipis pasukannya ke atas Terengganu FC.

"Memikul tanggungjawab adalah amanah besar yang harus dijalankan dengan penuh keikhlasan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati. Doa yang baik sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan," tulisnya.

Luahan itu disampaikan menerusi hantaran di Instastory peribadinya sambil menyertakan mesej ringkas 'Harap boleh selesaikan gaji tujuh bulan' yang menarik perhatian penyokong.

WhatsApp Image 2024-10-20 at 4.03.09 PM

Hantaran di laman Instagram Rizal Ghazali yang mencuri perhatian penyokong Kedah.

Ini kerana masing-masing mula terkejut akan nasib dialami anak-anak buah Nafuzi Zain yang terpaksa berdepan nasib berkenaan meskipun pelbagai usaha sudah dibuat.

Selain menceritakannya di media sosial peribadi, kisah itu turut diceritakan di dada-dada akhbar dengan harapan pihak berkepentingan dapat mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan kelab.

Namun, setakat ini, kemelut dialami pemain Sang Kenari masih belum menemui jalan penyelesaian yang medesak pemain mengambil langkah tersendiri untuk membuka mata pihak atasan.

Sejak pulang ke pangkuan Kedah dari Sabah FC pada awal musim lalu, Rizal sudah menjadi watak utama buat kelab Utara tanah air itu dengan lima penampilan Liga Super sudah direkodkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram