'Carilah kelab lebih baik,' kepak Kenari akur jika benar Kalamullah, Rizal tinggalkan Kedah


  • Podium
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Kalamullah (tengah) dikatakan akan menyertai kelab Pantai Timur. — Kedah Darul Aman FC

JENDELA perpindahan kedua bagi Liga Malaysia 2024/2025 sudah dibuka pada Isnin dengan pastinya beberapa nama menarik akan menyertai kelab di negara kita.

Salah satu daripada tumpuan pada jendela perpindahan kali ini adalah Kedah Darul Aman FC yang berpotensi kehilangan beberapa pemain.

Sang Kenari dilaporkan sudah kehilangan pemain tengah iaitu Habib Haroon yang berhijrah ke negara asalnya iaitu Bahrain dengan menyertai Sitra.

BACA LAGI: Habib Haroon ucap selamat tinggal, bakal kembali ke Liga Bahrain

BACA LAGI: Stadium jadi 'kelebihan' Selangor, statistik jelas milik JDT — Ramon Marcote

Kini, terdapat beberapa nama lain yang turut dijangka meninggalkan Kedah lebih-lebih lagi jendela perpindahan sudah dibuka.

Kelab yang sedang mengalami masalah tunggakan gaji itu nampaknya akan kehilangan penjaga gol utama iaitu Kalamullah Al-hafiz serta pertahanan veteran, Rizal Ghazali.

453536594_528269229554259_7449879334173687397_n

Rizal turut dikhabarkan akan meninggalkan Kedah. — Kedah Darul Aman FC

Terdapat desas-desus mengatakan mereka akan meninggalkan kelab dengan destinasi seterusnya adalah kelab Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC.

Perkhabaran tersebut nyata membuatkan penyokong Kedah berduka, tetapi melihat situasi semasa kewangan kelab, mereka dapat menerima kenyataan tersebut.

Mereka memahami sekiranya Kalamullah dan Rizal memilih untuk berhijrah demi memastikan kebaikan karier masing-masing.

455042830_534897795558069_5647408091383923502_n

Kalamullah sering menjadi penjaga gol utama Kedah. — Kedah Darul Aman FC

"Akhirnya..," tulis penyokong bernama Pep Kim dengan ringkas.

"Carilah kelab yang boleh bayar gaji dengan baik. Kesian dekat pemain asyik sangkut je gaji," kata Long Sulong.

"Baguslah keluar, siapa nak duduk (dalam kelab) kalau pengurusan tak bayar gaji pemain?," soal Mat Zahir pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram