NEGERI Sembilan Antlers menampilkan persembahan cemerlang dalam Grand Prix (GP) Penang bagi saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2024 selepas meraih dua kemenangan di peringkat kumpulan.
Kejayaan dicatatkan ke atas tuan rumah, Penang Black Panthers dan Perak Bison membolehkan mereka berada di kedudukan teratas dengan ia menyaksikan mereka mara ke pusingan suku akhir.
Namun, cabaran demi cabaran masih perlu ditempuhi pasukan bimbingan Mohd Shahir Nasrudin untuk mencatatkan pencapaian berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kedua-dua lawan itu merupakan pencabar utama musim ini.
BACA LAGI: [VIDEO] 'First ball' teruk, balingan bola tak serasi punca NS Antlers kalah kepada KL Thunder
BACA LAGI: STL 2024: 'Batal atau tidak?' Challenge minit akhir cipta drama aksi Kelantan Warriors-NS Antlers
Misalnya, dalam perlawanan akhir kumpulan berdepan Perak Bison pada Jumaat, apit kanan mereka, Hafizul Hayazi mengalami pertembungan kepala dengan pemain lawan, Aizat Nordin.
Insiden itu berlaku ketika pembukaan set ketiga dengan kedua-dua mereka cuba menolak bola ke arah kawasan lawan, namun kepala Aizat melepasi jaring permainan.
Situasi tidak menyebabkan kecederaan serius kepada tekong Perak Bison itu, namun Hafizul jelas berdepan kesukaran untuk meneruskan aksi bagi pusingan berkenaan.
Dia kemudiannya berjaya bangkit selepas pihak perubatan memberikan rawatan terhadapnya dengan ia sudah tentu memberikan kelegaan buat pihak STL, Negeri Sembilan Antlers dan Perak Bison.
Meskipun kecederaan boleh memberikan kelebihan, kesihatan pemain lebih penting dengan Hafizul dapat meneruskan perlawanan di SPICE Arena, Pulau Pinang itu.
Kehadirannya juga membawa 'tuah baik' buat Negeri Sembilan Antlers yang meraih mata penting untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan A, sekali gus menjadi tonik untuk ke pusingan suku akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram