[VIDEO] 'Tersengih-sengih macam tak serius main', tekong punca perjalanan Penang Black Panthers terhenti di SPICE Arena


  • Podium
  • Khamis, 17 Okt 2024

Penang Black Panthers terpaksa menelan pahit apabila tersingkir dari GP Penang selepas tewas kepada Negeri Sembilan Antlers pada Khamis. — STL

PERJALANAN Penang Black Panthers untuk mara ke suku akhir saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Penang terhenti selepas tewas straight set dalam peringkat Kumpulan A.

Penang Black Panthers terpaksa akur akan kekuatan yang dimiliki oleh Negeri Sembilan Antlers selepas tewas 13-15,11-15 dalam aksi kedua Kumpulan A yang berlangsung di SPICE Arena, Bayan Baru, Penang pada Khamis.

Dalam perlawanan pertama Kumpulan A sebelum ini, pasukan Utara tanah air itu tewas kepada Perak Bison dengan straight set 8-15,15-17.

BACA LAGI: [VIDEO] 'King servis bola drop is back', kehadiran Hairul Hazizi ubah rentak permainan Johor Tigris di GP Penang

BACA LAGI: [VIDEO] Tekong Siam dikata punca Kelantan Warriors balik awal, kelibat Purached mula dirindui

Walaupun memberikan persembahan lebih baik pada set kedua, namun ia tidak dapat menghalang Penang Black Panthers daripada memulakan kempen di Spice Arena dengan langkah kiri.

Melihat kepada kekalahan tersebut, rata-rata penyokong Penang Black Panthers kecewa akan persembahan yang ditampilkan oleh pemain tekong mereka iaitu Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri.

Menurut mereka, Ikhwan banyak melakukan kesilapan mudah dengan memberikan mata percuma kepada pihak lawan.

"Aku hilang sabar dah dengan tekong Penang Black Panthers ni, langsung tak boleh pakai, buang mata saja kerja dia, angkat bola pun macam main petang, slow betul,jadi lubuk lawan," kata Allif Haziq Sr.

"Aku geram dengan tekong Penang ni, tersengih-sengih macam tak serius main, no wonder lah Penang kalah," kata Muhd Shafiee Abd Rahman.

"Tekong ceroi, banyak bagi mata percuma kepada lawan, tuan rumah bungkus awal," kata Kun Azwero.

Dengan kekalahan tersebut, Penang Black Panthers menjadi pasukan kedua tersingkir dalam GP Penang selepas Kelantan Warriors.

Lebih perit lagi, Penang Black Panthers yang merupakan tuan rumah bagi GP Penang terpaksa melupakan impian untuk bergelar juara selepas terkandas di peringkat kumpulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram