[VIDEO] Penyakit tekong berjangkit, Terengganu Turtles pula jadi mangsa KL Thunder


  • Podium
  • Jumaat, 18 Okt 2024

KL Thunder berjaya mara ke suku akhir selepas menewaskan KPT Masum-Knights dan Terengganu Turtles dengan straight set dalam Kumpulan D.

KUALA Lumpur Thunder terus melebarkan sayap apabila meraih kemenangan dalam aksi bertemu Terengganu Turtles straight set 15-10,15-13 pada perlawanan kedua Kumpulan D saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Penang.

Dalam aksi yang berlangsung di SPICE Arena, Bayan Baru, Penang itu menyaksikan skuad kendalian Rosli Ab Rahman menurunkan pemain kebangsaan, Syahir Rosdi selaku tekong, Sirisak Anuloon sebagai apit kiri dan perejam berbisa negara, Azlan Alias.

Terengganu Turtles mempamerkan persembahan berkualiti di set pertama dan kedua apabila kerap menghampiri KL Thunder untuk merapatkan jurang permainan namun pengalaman yang dimiliki oleh juara hatrik GP musim ini menidakkan impian pasukan Pantai Timur itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tersengih-sengih macam tak serius main', tekong punca perjalanan Penang Black Panthers terhenti di SPICE Arena

BACA LAGI: [VIDEO] 'King servis bola drop is back', kehadiran Hairul Hazizi ubah rentak permainan Johor Tigris di GP Penang

Bagaimanapun, KL Thunder yang mahu mengekalkan rentak kemenangan dalam GP Penang tidak memberi ruang kepada Terengganu Turtles untuk melakukan sebarang libasan atau rejaman.

Susulan kekalahan tersebut, ramai penyokong pasukan Pantai Timur itu meletakkan kesalahan di bahu tekong mereka, Zulkifli Abd Razak atau mesra dengan panggilan Sobey.

Menurut mereka, persembahan yang ditampilkan oleh Sobey tidak seperti tiga GP sebelum ini yang mana menyaksikan servis yang dihasilkan olehnya tidak menjadi.

“Cari tekong lainlah, Sobey tu tak boleh sudah main, simpan dalam peti, dah tak relevan,” kata Khairul Din.

“Sobey banyak sangat buang bola, asyik salah saşaran sana, untung KL Thunder dapat mata percuma,” kata Faly AL-Baity.

“Tekong berpengalaman tapi banyak buat silap, punca utama kalah sebab tekong, sudah tinggal jatuh tapi masih kalah,” kata Faizal Azrin.

KL Thunder sebelum ini memulakan GP Penang dengan langkah kanan selepas menewaskan KPT Masum-Knight dengan straight set. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram