Faisal Halim sokong 'dari jauh', luang masa tonton aksi Penang BP


  • Podium
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Faisal pasti tidak mahu terlepas peluang memberi sokongan kepada pasukan negeri kelahirannya itu.

PENANG Black Panthers gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tersingkir daripada saingan Grand Prix (GP) Penang selepas hanya berada di kedudukan tercorot Kumpulan C Liga Sepak Takraw (STL) 2024.

Nasib itu dialami selepas pasukan Utara tanah air berkenaan tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang Perak Bison dan Negeri Sembilan Antlers dalam kempen yang bermula pada Rabu lalu.

Penyokong sudah tentu mengharapkan prestasi lebih baik daripada Penang Black Panthers yang sudah menampilkan aksi terbaik dalam ketiga-tiga GP sebelum ini, iaitu di Selangor, Terengganu dan Perak.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Zaim hang ni...', pengadil tersengih layan kerenah pemain Penang Black Panthers aksi GP Perak

BACA LAGI: Pengurus Penang Black Panthers kongsi 'taktik' kekang libasan, rejaman KL Thunders

463774893_953957940107587_566532098695630330_n

Penang BP menentang NS Antlers dalam aksi penutup Kumpulan C.

Tidak cukup dengan itu, skuad kendalian Mohd Hasnul Hadi Abdul Rashid itu seperti mengecewakan sokongan daripada pemain bola sepak ternama, Faisal Halim yang berasal dari Pulau Mutiara tersebut.

Dalam satu hantaran di Instastory peribadinya, bintang Selangor FC berkenaan sempat meluangkan masa menyaksikan perlawanan STL GP Penang antara pasukan Utara tanah air itu dengan Negeri Sembilan Antlers.

Aksi yang berakhir dengan kekalahan kepada Penang Black Panthers itu pasti meninggalkan kekecewaan buat Faisal yang pasti mengharapkan mereka berjaya lolos ke pusingan suku akhir.

WhatsApp Image 2024-10-18 at 4.12.48 PM

Tangkap layar daripada hantaran Faisal Halim di Instastory peribadinya.

Namun, Faisal seperti tidak menahan kepahitan kerana dia menonton aksi berkenaan di samping anaknya dengan dia sempat bergelak ketawa meskipun ketika Penang Black Panthers sedang ketinggalan.

Penyingkiran daripada GP Penang pasti memberi peluang buat barisan kejurulatihan pasukan itu mengalihkan tumpuan kepada kempen akan datang dengan mereka akan berentap dalam GP Johor bermula 29 Oktober depan.

Meskipun sukar untuk memintas Kuala Lumpur (KL) Thunders yang merupakan pendahulu, Penang Black Panthers pasti berharap dapat memberikan saingan lebih baik dalam GP terakhir itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram