[VIDEO] Juara Piala Dunia 2018 jadi skuad fesyen, bek Liverpool antara teruk dikecam


  • Podium
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Pemain pertahanan Liverpool itu hadir ke kem latihan Perancis dengan memakai sut dan 'hoodie' berwarna hijau.

SKUAD kebangsaan Perancis bukan hanya terkenal dengan kemahiran atas padang dengan corak permainan bermutu tinggi ditampilkan mereka, malah fesyen luar padang para pemain Les Bleus turut menjadi sorotan penyokong.

Jadual antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan pemain Perancis yang dipanggil Didier Deschamps menjadikan ia sebagai platform untuk mempamerkan citarasa mereka dalam busana.

Menerusi video tular di media sosial, hampir semua pemain naib johan Piala Dunia 2022 itu tiba dengan penampilan fesyen terkini dengan ada di antaranya memakai sut dan jaket dari jenama terkenal sewaktu ke pusat latihan mereka.

BACA LAGI: Selain Chris Wood, pemenang Piala AFC perlu 'dirantai' Harimau Malaya

BACA LAGI: Biar Arif Aiman kebebasan jadi senjata utama Harimau Malaya antara 6 cara skuad Pau Marti boleh tundukkan New Zealand

Antara pemain Perancis yang dikesan memakai pakaian dengan fesyen terkini ialah Jules Kounde, Aurelien Tchouameni, Michael Olies, Eduardo Camavinga, Marcus Thuram, Ibrahma Konate dan ramai lagi.

Bagaimanapun, tidak semua gemar dengan gaya ditonjolkan barisan pemain Perancis apabila ada yang menyarankan agar mereka memberi fokus menambah jam latihan untuk permainan berkualiti daripada menggunakan masa berkenaan untuk mencari busana sesuai.

Bukan itu sahaja, terdapat juga para penyokong yang menggelar Les Blues sebagai 'skuad fesyen' susulan sesetengah peminat melihat mereka tidak serius dalam menjalankan tugasan negara.

Antara menjadi sasaran ialah bek tengah Liverpool, Konate dengan penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berasakan pemain berkenaan hanya bersunggu dalam berfesyen namun sebaliknya dalam perlawanan.

Tidak terbawa-bawa dengan kritikan dari sesetengah penyokong, anak-anak buah Deschamps membalasnya dengan kemenangan kemenangan selesa 4-1 ke atas Israel pada kempen Liga Negara-Negara pada Jumaat.

Eduardo Camavinga dan Christopher Nkunku memacu kemenangan Perancis dengan gol pada babak pertama di Budapest, Hungary. Matteo Guendouzi dan Bradley Barcola pula masing-masing mencetak satu gol untuk menambah derita Israel pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu meletakkan Perancis di tangga kedua selepas tiga perlawanan dengan meraih enam mata, yang hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan Itali pada kedudukan teratas Kumpulan B.

Selepas ini, Perancis akan menentang Belgium pada aksi seterusnya, 15 Oktober dalam misi merampas kedudukan pendahulu kumpulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram