'Tak macam dulu', ex kapten Kedah sedih bola sepak Malaysia kini cuma berkisah kelab mampu bertahan bayar gaji berbanding lakar kejayaan


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Bola sepak Malaysia tidak seperti dulu menurut Khairul Helmi (jersi kuning).

SITUASI bola sepak Malaysia dianggap sudah berbeza dan jauh sekali dengan apa yang dilalui pada masa dahulu.

Itulah pendapat yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan, Khairul Helmi Johari apabila melihat begitu banyak kelab mengalami masalah kewangan.

Situasi tersebut turut berlaku terhadap bekas kelabnya iaitu Kedah Darul Aman FC malah dia juga dikatakan masih ada urusan tidak selesai dengan Kelantan FC berkenaan perkara tersebut.

BACA LAGI: Sabah, Kedah anjur aksi 'sparring', ramai pula janggal ada 'friendly' pertengahan Liga Super

BACA LAGI: Tewas tipis di tangan Filipina, nama tonggak Kedah wajar dipanggil ke skuad 7s Malaysia

Di laman media sosialnya, Khairul Helmi secara terbuka menyatakan yang bola sepak Malaysia tidak lagi sama seperti dulu.

Dia berpendapat yang kelab-kelab Malaysia tidak lagi berusaha merebut piala sebaliknya 'persaingan' sebenar adalah untuk melihat siapakah yang mampu bertahan membayar gaji pemain.

"Bola sepak sekarang ni bukan lagi untuk cipta kejayaan atau lakar sejarah, hanya mampu bersaing untuk pasukan mana mampu bertahan bayaq gaji musim demi musim.

"Semoga dipermudahkan urusan kalian semua," kata Khairul Helmi sambil meletakkan tanda pagar #TakMacamDuluDah.

Pemenang double treble bersama Kedah itu jelas sekali kecewa melihat situasi bola sepak Malaysia lebih-lebih lagi keadaan Sang Kenari yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih.

Dilaporkan sehingga kini beberapa kelab seperti Sri Pahang FC, Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC turut terpalit dengan isu masalah gaji. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram