Zidane letak syarat Man United mesti bawa pertahanan Perancis jika mahu gantikan Ten Hag


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Zinedine Zidane mahukan seorang bintang Perancis bersamanya di Manchester United.

BEBERAPA nama sudah mula disebut-sebut bakal menggantikan Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United.

Walaupun dia masih diberikan mandat untuk mengendalikan The Red Devils, tetapi beberapa keputusan yang buruk mungkin membuatkan pengendali dari Belanda itu akan kehilangan kerja.

Sebelum ini, nama Thomas Tuchel dikaitkan dengan jawatan di United. Namun kini, timbul seorang lagi yang berpotensi menggantikan Ten Hag.

BACA LAGI: Posisi Ten Hag semakin terancam, 4 jurulatih sesuai boleh jadi sasaran Manchester United

BACA LAGI: Manchester United 'pusara' buat pemain bintang — Jamie Redknapp

Nama legenda Perancis, Zinedine Zidane dikatakan berada dalam radar untuk mengambil alih United dengan dia boleh tiba seawal pertengahan musim iaitu Januari 2025.

Bekas pengendali Real Madrid itu dilaporkan bersedia untuk mengharungi cabaran baharu dalam suasana berbeza walaupun sebelum ini Zidane mengakui tidak fasih berbahasa Inggeris dan perkara tersebut mungkin menyukarkannya menguruskan kelab England.

Akan tetapi, dia dilaporkan bersedia untuk kembali menjadi pengurus dengan Zidane meletakkan syarat kepada United yang mesti ditunaikan sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya.

2155085646.0

Kounde menjadi sasaran Zidane sekiranya menggantikan Ten Hag di United.

Zidane dikatakan meletakkan syarat United perlu mendapatkan pertahanan Perancis, Jules Kounde pada jendela perpindahan Januari kelak.

Baginya, Kounde yang boleh beraksi sebagai pemain pertahanan tengah dan kanan dianggap sebagai asas kepada usaha menguatkan pertahanan rapuh United.

Jika berjaya mendapatkan Kounde, ia boleh membantu United di posisi tersebut dengan mereka masih masalah prestasi pertahanan seperti Matthijs de Ligt.

Akan tetapi, usaha membawa Kounde ke Old Trafford pastinya sukar kerana kelabnya, Barcelona tidak akan melepaskannya dengan mudah. Ditambah dengan Kounde sendiri gembira di Nou Camp, ia memerlukan usaha besar daripada United untuk mendapatkannya.

Mungkin, mereka perlu mengeluarkan sejumlah besar wang untuk mendapatkannya sama seperti ketika United membeli Harry Maguire. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram