MANCHESTER United memutuskan untuk menamatkan kontrak legenda jurulatih mereka, Sir Alex Ferguson sebagai duta kelab dengan difahamkan ia akan berakhir sehingga penghujung musim ini.
Perkembangan itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa The Athletic mendedahkan INEOS mahu memotong kontrak itu atas faktor mahu meneruskan pemotongan kos mereka.
BACA LAGI: Zidane letak syarat Man United mesti bawa pertahanan Perancis jika mahu gantikan Ten Hag
BACA LAGI: Aston Villa siasat dakwaan Man United 'diintip', arahan sulit ten Hag terbongkar
"INEOS sudah mengambil keputusan menamatkan pembayaran gaji bernilai jutaan dolar kepada bekas pengurus, Sir Alex yang kini merupakan duta kelab," katanya.
Tambah hantaran dari Romano, meskipun kontrak Ferguson akan ditamatkan sebagai duta kelab tidak lama lagi namun kehadirannya ke perlawanan Man United masih dialu-alukan oleh skuad The Red Devils.
Meskipun amaun pembayaran kepada jurulatih kelahiran Scotland itu tidak didedahkan, ia boleh mencecahan puluhan juta dolar melihat kepada pengaruhnya dalam pasukan.
Jadi, potongan pelaburan itu pasti akan membantu Manchester United mendepani isu kewangan dengan peruntukan boleh disalurkan kepada kegunaan lain.
Meskipun mereka memiliki antara keuntungan terbesar di Eropah, ia masih tidak cukup untuk menampung kos operasi yang kian meningkat saban musim.
Ferguson kebelakangan ini kerap hadir menyaksikan aksi skuad The Red Devils. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram