SELEPAS kontrak ditamatkan pada penghujung musim ini, legenda jurulatih Manchester United (Man United), Sir Alex Ferguson dilarang memasuki bilik persalinan yang merupakan tradisi pasukan itu sejak era Sir Matt Busby.
Ferguson juga tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dianggap sebagai 'tempat suci' itu berikutan berlaku penamatan kontrak itu.
Berdasarkan laporan agensi, Man United bagaimanapun menafikan dakwaan pihaknya mengharamkan Ferguson secara langsung ke bilik persalinan, tetapi mengatakan bahawa kini terdapat konflik persefahaman antara mereka.
BACA LAGI: Langkah berjimat, Man United ‘buang’ Alex Ferguson
BACA LAGI: Zidane letak syarat Man United mesti bawa pertahanan Perancis jika mahu gantikan Ten Hag
Lawatan ke bilik persalinan sudah menjadi antara budaya dan amalan wajib kelab tersebut selama beberapa dekad.
Disebabkan itu, Ferguson dan barisan Ahli Lembaga Pengarah, David Gill serta Mike Edelson sentiasa dialu-alukan untuk memasuki bilik tersebut.
Untuk rekod, Ferguson yang merangkul sebanyak 38 trofi dalam tempoh 26 tahun di Man United menandatangan perjanjian selepas bersara pada 2013 untuk meneruskan kerjaya sebagai duta dan pengarah kelab global.
Namun, sejak INEOS mengambil alih kendalian operasi bola sepak di Man United, lebih 250 kakitangan diberhentikan kerja termasuk Ferguson.
Man United pula kini berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana selepas tewas dalam tiga perlawanan liga musim ini.
Sebelum ini, pemerhati bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa The Athletic mendedahkan INEOS mahu memotong kontrak Ferguson atas faktor mahu meneruskan pemotongan kos mereka.
Katanya, INEOS mengambil keputusan menamatkan pembayaran gaji bernilai jutaan dolar kepada bekas pengurus, Ferguson yang kini merupakan duta kelab.
Meskipun mereka memiliki antara keuntungan terbesar di Eropah, ia masih tidak cukup untuk menampung kos operasi yang kian meningkat saban musim. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram