Saling percaya jadi 'ramuan' Sze Fei-Izzuddin berjaya harungi cabaran sukar Terbuka Artik


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Sze Fei-Izzuddin merupakan juara beregu lelaki untuk Terbuka Artik 2024.

KEPERCAYAAN yang tinggi sesama sendiri menjadi kunci kepada kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin ketika mereka meraih gelaran juara beregu lelaki Terbuka Artik di Finland.

Pasangan nombor 8 dunia itu berada dalam prestasi yang amat baik menjelang perebutan slot ke Jelajah Dunia BWF dengan mereka meraih gelaran ketiga musim ini.

Kejayaan di Finland tidak datang bergolek, sebaliknya bagi Sze Fei, mereka perlu saling percaya sesama sendiri bagi membawa pulang kejohanan kategori Super 500 itu.

BACA LAGI: Cedera buku lali, Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark

BACA LAGI: [VIDEO] Beri saingan cukup sengit, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Terbuka Artik 2024

"Kuncinya adalah untuk percaya sesama sendiri dan terus mencuba. Kami akan terus lakukan apa yang kami buat sejak beberapa minggu lalu dan berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

"Ada banyak detik-detik sukar dalam perlawanan dan ia penting untuk kami tidak hilang percaya sesama kami," kata Sze Fei.

Pasangan itu terus ke Odense untuk memburu kejuaraan Super 750 di Terbuka Denmark sekali gus meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Walaupun kepenatan kerana mengharungi pelbagai cabaran getir di Finland, Izzuddin berkata, mereka masih perlu berada dalam keadaan terbaik untuk berjaya.

"Kami mengharungi perlawanan yang sukar bermula dari suku akhir Terbuka Artik. Jadi, kami perlu menyediakan mental dan fizikal untuk Terbuka Denmark.

"Ia adalah satu minggu yang memenatkan tapi kami perlu bersedia semula untuk Terbuka Denmark," ujar Izzuddin.

Terbuka Denmark akan diadakan bermula 15 hingga 20 Oktober. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram