LEGASI yang ditinggalkan Sir Alex Ferguson sememangnya tidak boleh dinafikan kerana jasanya buat Manchester United amat besar.
Dominasi United dari era 1990-an hingga awal 2010-an dibangunkan oleh Ferguson dan ia menjadikan kelab itu salah satu kuasa bola sepak England.
Namun kini, jasanya semakin dilupakan oleh kelab lamanya itu apabila United menamatkan kontraknya sebagai duta kelab.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ditamat kontrak, Sir Alex Ferguson dilarang teruskan tradisi Man United
BACA LAGI: Langkah berjimat, Man United ‘buang’ Alex Ferguson
Kontraknya sebagai duta kelab itu ditamatkan pada akhir musim ini dengan status jawatan Ferguson tidak lagi dikira sebagai pegawai eksekutif.
Namun begitu, dia masih lagi dibenarkan untuk datang ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan United.
Penyingkiran Ferguson sebagai duta kelab adalah sebahagian daripada polisi pemilik saham minoriti kelab iaitu INEOS yang ingin mengurangkan perbelanjaan.
Akan tetapi, keputusan INEOS tidak mendapat respons baik daripada bekas bintang United seperti Eric Cantona yang secara terbuka mempertahankan Ferguson.
Bagi Cantona, Ferguson sepatutnya boleh lakukan apa saja yang dia mahu di United sehingga akhir hayatnya.
"Sir Alex Ferguson sepatutnya boleh lakukan apa-apa saja yang dia mahu di kelab sehingga dia mati. (Kelab) langsung tak hormat dia, keputusan ini penuh dengan skandal. Sir Alex Ferguson akan kekal menjadi bos saya selama-lamanya!," kata Cantona.
Siaran Instagram Cantona yang mempertahan Ferguson.
Dalam pada itu, seorang lagi bekas pemain iaitu Rio Ferdinand mengatakan yang tindakan INEOS itu memberikan mesej jelas yang semua pihak di kelab bahawa tiada jaminan buat mereka akan kekal di kelab itu.
Jika mereka boleh menyingkirkan pengurus bertaraf legenda seperti Ferguson, United boleh menamatkan beberapa pemain yang dianggap diva seperti Marcus Rashford, Antony dan Bruno Fernandes.
Seandainya mereka terus tidak memberikan persembahan baik, bila-bila masa pemain-pemain tersebut akan disingkirkan.
"Jika Sir Alex Ferguson boleh disingkirkan, tiada siapa yang selamat di Manchester United. Semua orang faham bukan? INEOS sedang menghantar mesej kepada semua orang di kelab," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram