JIKA dibandingkan dengan suasana di luar negara khususnya pasaran Eropah, arena bola sepak wanita di rantau Asia Tenggara masih kurang mendapat perhatian secukupnya daripada para penyokong.
Sekali pun nama mereka tiba-tiba meniti di bibir para penyokong domestik, pasti kisah kejayaan mendapatkan trofi atau menang ke atas kuasa besar bola sepak menjadi sorotan utama.
Misalnya, baru-baru ini skuad bola sepak wanita Sabah melakar sejarah sebagai pasukan bola sepak wanita pertama negara berjaya ke kejohanan antarabangsa iaitu Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL).
BACA LAGI: Emas Olimpik boleh disumbangkan sesiapa saja, jangan sekadar tertumpu atlet jagaan BAM
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ditamat kontrak, Sir Alex Ferguson dilarang teruskan tradisi Man United
Meskipun, Sabah FA hanya mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan membawa pulang satu mata menerusi perlawanan terakhir dengan mengikat Abu Dhabi Country Club dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 2-2 namun ia masih meraih pujian penyokong.
Berbeza pula naratif di Indonesia, apabila pemain skuad bola sepak wanita Indonesia tiba-tiba menjadi topik perbincangan berikutan kecantikan luar biasa persis model peragaan mencuri perhatian penyokong termasuk peminat Harimau Malaya.
Menerusi satu video tular di media sosial, skuad bola sepak wanita Indonesia dipuji masih mengekalkan identiti mereka sebagai kaum Hawa apabila beraksi dengan rambut yang panjang dan kekal mengenakan mekap pada wajah mereka.
Pujian daripada penyokong serantau itu dibangkitkan susulan lazimnya pemain bola sepak wanita akan memilih untuk bergaya seperti lelaki seperti potongan rambut pendek paras telinga.
Antara pemain Indonsia yang paling mencuri tumpuan ialah ketua pasukan Garuda Pertiwi, Safira Ika.
Pemain berusia 21 tahun itu bukan hanya menjual wajahnya sahaja, malah kualiti atas padangnya juga meraih pujian menggunung kerana sering memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan wanita Indonesia.
Dia yang memulakan kerjaya bersama Persis Solo itu kini sedang mendapatkan pengalaman beraksi bersama kelab Jepun, FC Ryukyu Ladies dengan dia dilihat merupakan tonggak penting pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram