Gara-gara 'unforced error', Pearly Tan-M. Thinaah akur muncul naib juara Terbuka Artik, wakil China pertahan gelaran


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Gandingan beregu wanita negara tewas di perlawanan akhir Terbuka Artik.

HASRAT untuk gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bagi mendapatkan kejuaraan berganda buat Malaysia di Terbuka Artik berakhir dengan duka.

Selepas melihat gandingan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin membawa gelaran juara pada aksi sebelumnya, Pearly-Thinaah mahu meneruskan momentum tersebut.

Sayangnya, berdepan wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, mereka tewas 12-21, 17-21.

BACA LAGI: [VIDEO] Beri saingan cukup sengit, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Terbuka Artik 2024

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baru best tengok takraw Malaysia, aksi final regu Lembah Klang tanpa import jadi tumpuan

Pasangan pilihan pertama kejohanan itu nyata terlalu bagus untuk Pearly-Thinaah apabila mereka menampilkan persembahan baik terutamanya semasa set pertama.

Set kedua, cabaran lebih kuat cuba ditampilkan oleh wakil negara, tetapi tiga unforced error pada penghujung permainan memberikan laluan mudah buat Sheng Shu-Ning mendekati mata perlawanan sekali gus menewaskan Pearly-Thinaah.

Kemenangan Sheng Shu-Ning cukup signifikan apabila mereka berjaya mempertahan gelaran Terbuka Artik yang dimenangi mereka pada 2023.

Selain itu, ia merupakan gelaran keempat mereka musim ini selepas menjuarai gelaran di lokasi seperti Malaysia dan Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram