[VIDEO] Beri saingan cukup sengit, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Terbuka Artik 2024


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Artik 2024.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bangkit daripada ketinggalan untuk bergelar juara selepas menewaskan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen dalam perlawanan akhir Terbuka Artik di Finland pada Ahad.

Sze Fei dan Izzuddin bermula perlahan dalam set pertama yang mana menyaksikan mereka tewas mudah 15-21.

Bagaimanapun, pasangan negara itu berjaya memberikan tentangan sengit kepada wakil beregu Denmark, Astrup-Rasmussen dengan meraih kemenangan 21-15 pada set kedua.

BACA LAGI: Sedar kemampuan New Zealand, Harimau Malaya miliki peluang cipta sejarah — Pau Marti

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baru best tengok takraw Malaysia, aksi final regu Lembah Klang tanpa import jadi tumpuan

Begitupun, gandingan beregu negara itu terpaksa bekerja keras pada set penentuan apabila Denmark memberikan tentangan sengit selepas sering mengejar mata 19-19 sebelum menang 21-19.

Pasangan negara itu menewaskan pemain nombor dua dunia dengan keputusan 15-21, 21-15, 21-19 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama satu jam 12 minit di Arena Energia, Vantaa, Finland.

Kemenangan itu merupakan gelaran ketiga untuk Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei dalam musim 2024 setelah mereka berjaya meraih kejuaraan di Terbuka Jepun dan Terbuka China sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram