Sze Fei-Izzuddin kejutkan jaguh China, mara ke final Terbuka Artik


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Gandingan Sze Fei-Izzuddin berpeluang meraih kejuaraan Terbuka Artik.

GANDINGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menumbangkan pasangan pilihan pertama Terbuka Artik dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang untuk mara ke perlawanan akhir.

Beraksi dalam perlawanan yang cukup sengit, pasangan negara itu berpeluang untuk memenangi kejuaraan pertama sejak mereka meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia untuk menjadi pasangan profesional.

Beraksi dalam tiga set, Sze Fei-Izzuddin memenangi 19-21, 21-17, 21-18.

BACA LAGI: Terbuka Artik: Sze Fei-Izzuddin, Soon Huat-Shevon mara ke separuh akhir

BACA LAGI: Zii Jia, Pang Ron-Su Yin menang straight set, mara ke suku akhir Terbuka Artik

Pasangan negara nyata diberikan tentangan sengit apabila gandingan China itu sering mengejar mata teutamanya semasa set kedua dan ketiga.

Perkara itu nyata ketara di set penentuan apabila pada satu ketika, kedudukan terikat 16-16 dan pasangan China itu ada mendahului 18-16 sebelum Sze Fei-Izzuddin kembali mengejar.

Dengan kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin bakal berdepan sama ada pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh atau gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen pada Ahad.

Sementara itu, perjalanan berakhir buat beregu campuran negara iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai kalah kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-14, 21-8.

Untuk gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah akan berdepan Rin Iwanaga-Kei Nakanishi untuk memburu tempat ke perlawanan akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram