'Buat macam Terengganu', TMJ cadang pakai rumput Bermuda elak padang berlumpur


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

SSMZA menggunakan rumput jenis Bermuda di padangnya.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kepada stadium-stadium di Malaysia untuk menukar rumput kepada jenis Bermuda seperti dilakukan oleh Terengganu FC bagi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Menurut TMJ, jika stadium tidak mahu menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia, Bermuda adalah pilihan alternatif yang baik kerana ia merupakan jenis berasaskan pasir.

Rumput berasaskan sand base tidak akan menyebabkan padang menjadi berlumpur ketika hujan.

BACA LAGI: Metodologi tersusun, sokongan TMJ antara rahsia Akademi JDT hasil pemain persis Arif Aiman

BACA LAGI: TMJ, JDT sudah 'ajar' cara jaga padang lebih 10 tahun lalu

Dalam masa yang sama, TMJ turut menerangkan kelemahan rumput jenis cow grass yang boleh terjejas sekiranya ia terkena hujan.

"Kalau tak nak tukar (kepada) Zeon Zoysia, tukar kepada Bermuda macam Terengganu. Dua-dua jenis rumput ini sand base. Apabila hujan, tak berlumpur.

"Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur," jelas TMJ.

TMJ turut menepis teori yang mengatakan JDT akan mengalami masalah beraksi di atas padang seperti cow grass. Sebaliknya, TMJ menjelaskan yang JDT sudah tidak kalah di tempat lawan sejak 2018.

"Ada juga saya dengar teori yang mengatakan cow grass beri masalah kepada JDT. Tuan-tuan, JDT belum kalah di tempat lawan dalam liga semenjak Mac 2018. Enam tahun belum kalah atas cow grass.

"Jadi tolonglah berfikir secara professional dalam meningkatkan infrastruktur bola sepak negara," tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram