Sabah, Kedah anjur aksi 'sparring', ramai pula janggal ada 'friendly' pertengahan Liga Super


  • Podium
  • Selasa, 08 Okt 2024

Kedah dan Sabah merupakan dua pasukan terawal yang akan mengadakan aksi persahabatan dalam masa terdekat. — Facebook/KDA FC

PERLAWANAN di peringkat antarabangsa menyaksikan saingan Liga Super ditangguhkan sebentar dengan setiap kelab berpeluang mengadakan sesi latihan bagi memastikan tahap kecergasan pemain berada dalam tahap optimum.

Selain meneruskan latihan seperti sedia kala, ada juga pasukan yang menganjurkan aksi persahabatan dengan perlawanan berdepan kelab amatur menjadi pilihan masing-masing.

Antara yang terawal mengambil langkah berkenaan ialah Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas mereka mengumumkan satu aksi persahabatan akan diadakan berdepan kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC.

BACA LAGI: 'Kekalkan Nidzam Jamil', fans Selangor tolak khabar angin Nafuzi Zain tinggal KDA sertai Gergasi Merah

BACA LAGI: Kalamullah dikhabar bakal tinggalkan KDA FC, Ifwat Akmal disebut kembali jadi penjaga gol utama

462361073_573478095033372_2356868142693153180_n

Skuad Sang Kenari akan bertemu Bukit Tambun FC di Stadium Darul Aman pada Rabu ini. Facebook/KDA FC

Berdasarkan pengumuman yang dibuat di laman media sosial, pertembungan itu akan berlangsung secara tertutup di Stadium Darul Aman, Kedah pada Rabu dengan ia menjadi persiapan bagi kempen Liga Super skuad Sang Kenari.

"Satu perlawanan latihan tertutup antara pasukan Sang Kenari menentang pasukan Liga A1, Bukit Tambun FC diadakan bagi meningkatkan kecergasan dan keserasian pemain menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada 19 Oktober ini," tulisnya.

Langkah itu kemudiannya diikuti Sabah FC yang turut mengadakan satu aksi persahabatan menentang Tawau FA dengan pertembungan tersebut bakal diadakan di Kompleks Sukan Tawau.

Menariknya, perlawanan berkenaan akan diadakan secara terbuka dengan peminat setia skuad Sang Badak dijemput hadir untuk menyaksikan kelab kegemaran mereka di Borneo tanah air itu.

Perancangan kedua-dua pasukan itu boleh dikatakan sebagai perancangan jelas untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik sebelum saingan Liga Super 2024/25 kembali bersambung.

462363764_939467561553269_4171384341309720576_n

Aksi di Tawau itu pasti akan menarik ribuan penyokong skuad Sang Badak di daerah itu. Facebook/Sabah FC

Bagaimanapun, sebahagian penyokong berasakan kekerapan penganjuran aksi persahabatan beberapa tahun kebelakangan ini sedikit janggal jika hendak dibandingkan dengan senario musim-musim lalu.

"Selalunya dengar perlawanan persahabatan diadakan ketika pramusim sahaja. Sekarang, boleh kata hampir setiap bulan kena adakan aksi persahabatan," kata Muhammad Zulhusni Mansor.

"Hebat Liga Malaysia, terlalu banyak masa terluang sehingga boleh adakan aksi 'sparring' lagi," kata Danial Zakuan.

"Boleh tahan kelakar juga Liga Malaysia ini. Ketika liga masih berjalan pun boleh adakan perlawanan persahabatan. Inilah kesan daripada kekurangan permainan," kata Muhamad Zulhisyam.

Perlawanan persahabatan itu boleh dikatakan penting buat kedua-dua pasukan kerana kali terakhir Kedah beraksi adalah pada 20 September lalu menentang Sri Pahang FC sementara Sabah FC pula sehari selepasnya dalam pertemuan berdepan PDRM FC di Stadium Selayang, Selangor.

Kedua-dua pasukan itu sepatutnya bertemu dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Sabah, namun terpaksa ditangguhkan kerana kerja-kerja menambah baik stadium sedang dijalankan.

Berdasarkan jadual dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Sabah FC dan KDA FC akan kembali beraksi secara kompetitif pada 19 Oktober iaitu selepas kalendar FIFA tamat.

Skuad Sang Kenari bakal menerima kunjungan Terengganu FC sementara anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee akan berkelana ke Stadium Perak, Ipoh untuk menerima cabaran skuad The Bos Gaurus (TBG). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram