SPRM geledah ‘safe house’ ahli politik di Kuala Lumpur, jumpa wang RM5 juta


  • 112
  • Ahad, 13 Okt 2024

Wang bernilai RM5 juta dalam not Singapura ditemukan di sebuah rumah selamat bekas ahli politik Selangor.

PIHAK Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah wang bernilai RM5 juta tetapi dalam mata wang Singapura di sebuah rumah selamat (safe house) seorang ahli politik.

Rampasan yang dilakukan itu susulan penahanan dua individu sebelum ini, termasuklah seorang bekas pegawai senior Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang terlibat dalam rasuah konsesi perlombongan pasir pada 10 Oktober.

Kedua-dua individu tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang bekas ahli politik di Selangor yang dikatakan mempunyai pengaruh besar.

BACA LAGI: Suspek kes rasuah bakal jalani ujian poligraf — SPRM

BACA LAGI: Mirzan, Mokhzani isytihar harta ikut masa ditetapkan SPRM — Azam Baki

Safe house tersebut dikatakan merupakan tempat untuk ahli politik tersebut menyembunyikan segala wang yang diterimanya menerusi rasuah.

Siasatan terhadap suspek juga mendapati yang wang tersebut diberikan oleh individu tidak diketahui identitinya dan disimpan oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan tersebut bersama ahli politik yang terlibat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tersebut siasatan masih di peringkat awal dan ia dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

SPRM turut membekukan 15 bank akaun dimiliki oleh individu dan syarikat-syarikat untuk siasatan lanjut. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram