Budak 12 tahun hilang di Klang sudah dijumpai, polis tahan 6 individu, rampas kereta suspek


  • 112
  • Ahad, 13 Okt 2024

Kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di Klang sudah ditemui semula.

KANAK-KANAK berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini di Klang, Selangor sudah berjaya ditemukan semula.

Dalam pada itu, pihak polis turut menahan enam individu termasuk dua wanita yang terlibat dalam penculikan kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang pada 8 Oktober semasa ingin mengambil makanan di tempat parkir kereta pangsapurinya dekat Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

BACA LAGI: Tiga beradik ditahan bantu siasatan dakwaan dera kes 4 budak tahfiz hilang di KL

BACA LAGI: [VIDEO] Tak cukup salah guna minyak subsidi, peniaga warga asing di Melaka siap kantoi guna tangkal tarik pelanggan

Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemukan empat hari selepas dilaporkan hilang sekitar 2.30 petang.

"Siasatan mendapati yang mangsa dipercayai sudah diculik," katanya.

Pihak polis melakukan serbuan di lokasi dekat Setia Alam dan Pandamaran, Selangor untuk menangkap enam suspek pada Sabtu.

Suspek yang berusia daripada 13 hingga 23 tahun itu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. Sebagai rekod, salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kami juga merampas kereta yang digunakan mereka untuk menculik mangsa.

"Kesemua suspek sudah direman," ujar Hoong Fong. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram