Mirzan, Mokhzani isytihar harta ikut masa ditetapkan SPRM — Azam Baki


  • 112
  • Rabu, 18 Sep 2024

Mokhzani (kiri) dan Mirzan masing-masing berjaya mengisytiharkan harta mengikut tempoh ditetapkan SPRM.

DUA anak lelaki bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Tan Sri Azam Baki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, kedua-dua mereka, Tan Sri Mohkzani dan Mirzan menyelesaikan tindakan itu dalam masa ditetapkan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

“Mereka sudah berbuat demikian tetapi penyiasat masih sedang memuktamadkan butiran dengan peguam masing-masing.

“Paling penting mereka telah mengisytiharkan (aset mereka),” katanya kepada pemberita semasa sidang media di ibu pejabat SPRM pada Rabu.

-filepic

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

Sebelum ini, SPRM mengarahkan dua beradik itu untuk mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh 30 hari pada Januari 2024.

Sejak itu, mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak beberapa kali.

SPRM dilapor mengarahkan Mokhzani dan abang sulungnya, Mirzan untuk mengisytiharkan aset yang mereka terkumpul sejak 1981, iaitu tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri buat kali pertama. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...