[VIDEO] Aura Stadium Indera Mulia bantu Perak Bison tepis cabaran sengit KPT-Masum Knights


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Meor (tengah) meraikan mata diperoleh Perak Bison berdepan KPT-MASUM Knights.

PERAK Bison memastikan cabaran mereka dalam Sepak Takraw League (STL) GP Perak terus menyala selepas berjaya menewaskan KPT-MASUM Knights di suku akhir.

Berdepan cabaran sengit daripada pasukan terdiri daripada pelajar universiti, Perak Bison diheret dengan hebat dalam kedua-dua set sebelum menang 17-15, 17-15.

Kemenangan itu membolehkan mereka untuk berdepan pasukan pilihan, Kuala Lumpur Thunder di separuh akhir pada Ahad.

BACA LAGI: Rejaman tak cukup padu, Johor Tigris disaran ganti 'killer' dengan bakat import

BACA LAGI: [VIDEO] Dua tonggak TBG minat jadi 'killer', pamer kemahiran sambil support Perak Bisons di STL

Bagi pemain Perak Bison, Meor Zulfikar, faktor bermain di laman sendiri jelas membantu apabila penyokong di Stadium Indera Mulia, Ipoh benar-benar menolong pasukan untuk kekal bersaing.

"Sebenarnya, penyokong memang mainkan peranan penting. Terima kasih kepada penyokong yang datang," ujar Meor Zulfikar.

Menjelang aksi penting berdepan KL Thunder, Meor Zulfikar berharap yang penyokong akan membanjiri stadium sekali lagi apabila aksi diadakan pada 12 tengah hari.

"Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, jangan lupa datang untuk separuh akhir," pesannya.

Pemenang antara Perak Bison dan KL Thunder akan berdepan sama ada Selangor Pistons atau ATM Guardians di aksi akhir GP Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram