Kariah surau digalak contohi SGR, guna platform sukan sumbang semula kepada masyarakat


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Adam berkata, pihaknya sangat menyokong sebarang inisiatif atau program amal yang memberikan tumpuan terhadap sebarang usaha bagi membantu pembinaan rumah ibadah.

SURAU di negara ini digalakkan supaya menjalankan fungsinya sebagai pusat komuniti termasuk dengan menggunakan platform sukan bagi memberikan manfaat kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, pihaknya sangat menyokong sebarang inisiatif atau program amal yang memberikan tumpuan terhadap sebarang usaha bagi membantu pembinaan rumah ibadah.

BACA LAGI: [VIIDEO] 'Haikal rindu, pulanglah mak', pelajar UPM kuatkan semangat rayu kepulangan ibu lepas ditinggal sejak usia 2 bulan

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

WhatsApp Image 2024-10-13 at 18.43.48

Program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika bagi mengulas mengenai program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Program itu dijalankan bagi mengutip dana bagi pembangunan di Surau Garden Residence (SGR), Cyberjaya, Selangor.

Hasil daripada kutipan dana itu akan digunakan bagi menambah baik struktur bangunan sekali gus persediaan menaik taraf rumah ibadah itu sebagai surau solat Jumaat.

"Kita memang sokongan bila ada pihak yang menggunakan sukan sebagai salah satu cara untuk dapatkan sokongan dan juga sumbangan kepada masyarakat dalam pembinaan sebuah rumah seperti surau.

"Seperti yang kita tahu, surau yang bukan hanya tempat ibadah, sebab ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk komuniti.

"Jadi, dengan secara tidak langsung, kita dapat tengok macam mana sukan, macam golf sendiri pun menyumbang balik kepada pembinaan komuniti itu sendiri," kata yang juga penaung kepada program amal tersebut.

2830553

Program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Sehubungan itu, Adam berkata, beliau berharap agar lebih ramai kariah mengambil inspirasi daripada penganjuran program amal tersebut untuk sebarang pembangunan di surau masing-masing.

"Kita memang puji inisiatif yang digerakkan ini. Bukan mudah untuk anjurkan program ini di sebalik keterbatasan yang ada antaranya daripada segi kos dan penajaan.

"Jadi, kita harap boleh lihat lebih banyak pihak lain yang gunakan cara yang sama. Mungkin sukan yang lebih berbeza pun tak apa, tapi yang pasti menggunakan sukan sebagai salah satu cara untuk kita bagi balik kepada masyarakat," ujarnya.

Pengerusi Surau SGR, Datuk Abdul Karim Mustafa sebelum ini berkata, itu bukan kali pertama pihaknya melaksanakan program amal sedemikian.

Malah katanya, mereka sudah mula aktif menganjurkan beberapa aktiviti serupa sejak 2020.

Ujar beliau, selain mengutip dana pembangunan, program sedemikian juga dapat mengeratkan silaturahim kariah melalui sukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram