SERAMAI tiga orang terbunuh dan lima cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan berlaku di Kilometer 42 Lebuhraya Pantai Timur dekat Bentong, Pahang pada Isnin.
Nahas berkenaan membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler dengan salah satu daripada kenderaan tersebut terbakar sepenuhnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 pagi dan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.
"Anggota dari pasukan Bomba dan Penyelamat Bentong berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
"Tiga mangsa lelaki dewasa disahkan Kementerian Kesihatan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Lima lagi (tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa) dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah manakala lima lagi (tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa) selamat," katanya memetik laporan Astro Awani.
Anggota bomba ketika memadam api kebakaran sekitar pukul 5:42 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5:50 pagi. — JBPM Pahang
Kebakaran berjaya dikawal sekitar pukul 5:42 pagi dan operasi menyelamat mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk ditamatkan sepenuhnya. Punca kemalangan bagaimanapun masih dalam siasatan.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,