Grand final PNAGS 2024: 70 pemain golf amatur rebut 5 slot ke Phuket


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Seramai 70 pemain golf amatur negara akan berentap final Kebangsaan Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) 2024 di Forest City, Johor bermula 8 hingga 9 September ini. — Facebook

FINAL Kebangsaan Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) 2024 di Forest City, Johor yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad (8 dan 9 September) menyaksikan seramai 70 pemain golf amatur negara akan berentap.

Semua pemain berbakat yang menyertai kejohanan itu merupakan pemenang lima kategori dipertandingkan dalam beberapa siri kelayakan yang diadakan di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Pengerusi Penganjur PNAGS 2024, Lokman Ishak berkata, semua peserta akan bersaing untuk memburu gelaran juara kebangsaan bagi lima kategori yang dipertandingkan iaitu medal A, B, C, D dan E.

BACA LAGI: Arif Aiman, Matt Davies sampai tercungap-cungap kejar, fans mahu Gergasi Merah sign 'Messi Filipina'

BACA LAGI: Makin kritikal, tak cukup boikot latihan, khabarnya pemain nekad tinggalkan Sang Kenari

WhatsApp Image 2024-09-06 at 15.30.09

Pemenang setiap kategori akan diberi peluang eksklusif mewakili Malaysia pada Final Dunia Kejohanan Pemain-Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand. — Facebook

"Pemenang bagi setiap kategori akan diberi peluang eksklusif untuk mewakili negara di pentas global pada Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand.

"Mereka akan membawa cabaran negara bersaing dengan pemain amatur terbaik dalam kalangan 40 negara bermula dari 25 Oktober hingga 2 November 2024," katanya.

Menariknya, kejohanan yang bakal diadakan di tiga lapangan gol terkenal di Phuket iaitu The Red Mountain, Kelab Golf Laguna dan Blue Canyon itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Perodua selaku penaja utama PNAGS 2024.

Menurut Lokman, pada saingan Final Kebangsaan di Forest City, Johor nanti, semua 70 pemain tersebut akan bersaing dalam dua pusingan membabitkan 36 lubang di Lapangan Legacy dan Classic menerusi format `strokeplay'.

"Perasmian pertandingan dan penyampaian hadiah bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim," katanya.

Lebih menarik lagi, Perodua menjadi penaja utama PNAGS 2024 yang mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan sokongan penuh Tourism Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram