Elak masuk poket, KBS pantau ketat penggunaan dana projek naik taraf padang


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

PELAKSANAAN projek naik taraf padang bola sepak yang dijalankan di 10 negeri terlibat akan dipantau rapi oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengelakkan sebarang ketirisan.

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, dana yang disalurkan KBS bagi projek itu tidak dianugerahkan kepada mana-mana syarikat sebaliknya diuruskan kerajaan negeri.

"Kita memang akan sentiasa pantau sebab dana ini datang daripada KBS dan kita ada pemantauan yang ketat.

BACA LAGI: [VIIDEO] 'Haikal rindu, pulanglah mak', pelajar UPM kuatkan semangat rayu kepulangan ibu lepas ditinggal sejak usia 2 bulan

BACA LAGI: [VIDEO] Dron pengesan haba bantu polis AS kesan budak hilang di tengah-tengah ladang jagung

WhatsApp Image 2024-10-13 at 18.43.49 (1)

Adly menyampaikan replika cek pada program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

"Bukan setakat dari sudut bagaimana ia dibelanjakan tapi juga termasuk contohnya tempoh pelaksanaan projek dan sebagainya. Jadi, kita pastikan ia sentiasa dipantau daripada segi proses dan juga pelaksanaannya," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kerisauan sesetengah pihak berkenaan kemungkinan berlakunya ketirisan daripada dana diperuntukkan KBS bagi menaik taraf padang di seluruh negara.

KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat hari ini.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Pada Jumaat, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan sudah menyalur dana sebanyak RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak sejak awal tahun ini.

Antara lapan negeri terbabit termasuk Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka yang masing-masing menerima geran penuh sebanyak RM500,000.

Kata Hannah, dua negeri iaitu Perlis dan Kedah menerima RM300,000 kerana memilih untuk menaik taraf sistem saliran sahaja dan enggan menukar rumput.

Adam Adli berkata, perkara mengenai agihan dan pengurusan dana menaik taraf padang itu juga sudah dibincangkan sejak awal antara menteri dan juga pihak kerajaan negeri.

"Jadi, memang kita beri perhatian yang serius untuk memastikan setiap dana yang dikeluarkan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Sebab kalau dikira pun, dana RM4.6 juta bukan satu yang terlalu besar, tapi bukan juga terlalu kecil. Jadi, kalau tiris memang tak cukup.

"Tapi kalau dibelanjakan betul-betul, ia cukup dan boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram