HARIMAU Malaya akan kembali bertemu New Zealand dalam aksi persahabatan selepas kali terakhir bertarung pada 2006.
Sejak daripada itu, New Zealand sudah menjadi pasukan lebih baik dan mempunyai ramai bintang handalan di peringkat antarabangsa. Salah satunya adalah penyerangnya iaitu Chris Wood yang beraksi untuk Nottingham Forest di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Namun begitu, pertemuan pada 14 Oktober kelak bukanlah berkisarkan Wood semata-mata. Sebaliknya, ada beberapa nama lain yang perlu diberikan perhatian oleh Harimau Malaya dengan salah satunya pernah memenangi Piala AFC.
BACA LAGI: Jumpa kelab dulu sebelum lawan New Zealand tetap bagus untuk Harimau Malaya — Pau Marti
Matthew Garbett
Pemain berdarah kacukan Perancis tersebut merupakan antara yang perlu diberikan perhatian oleh barisan tengah Harimau Malaya apabila diturunkan.
Garbett yang beraksi di Belanda bersama NAC Breda merupakan seorang pemain tengah yang mempunyai kecenderungan melakukan serangan.
Garbett beraksi di saingan utama Belanda bersama NAC Breda.
Posisi semula jadinya adalah central midfield tetapi Garbett juga boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang. Setakat ini, dia sudah menjaringkan satu gol dalam enam penampilan liga untuk Breda.
Bersama skuad kebangsaan, Garbett sudah melakukan 16 penampilan sejak 2021 dan menghasilkan dua gol.
Storm Roux
Nama ini pastinya dikenang dalam fikiran Azam Azmi dan Safwan Mazlan sewaktu mereka berdepan Central Coast Mariners bersama Terengganu FC pada Piala AFC musim lalu kerana Roux adalah sebahagian daripada skuad kelab Australia tersebut.
Roux merupakan seorang pemain pertahanan kanan mempunyai versatiliti untuk bermain di pertahanan kiri juga.
Roux pernah berdepan Terengganu pada Piala AFC musim lalu.
Oleh itu, ia kelebihan buat New Zealand sama ada untuk meletakkan dia di posisi pertahanan kanan atau kiri untuk memberi kesukaran buat penyerang Harimau Malaya.
Jika diturunkan sebagai pertahanan kiri, Roux boleh jangkakan pertarungan sengit menentang Arif Aiman yang lazimnya beraksi sebagai pemain sayap kanan.
Marko Stamenic
Satu lagi nama yang perlu diberikan perhatian oleh barisan tengah Harimau Malaya adalah Marko Stamenic.
Beraksi di Greece bersama Olympiakos, Stamenic adalah kontra kepada Garbett kerana dia adalah seorang pemain tengah bertahan.
Kelab asal Stamenic adalah Nottingham Forest.
Merupakan pemain pinjaman dari kelab sama dengan Wood iaitu Forest, Stamenic juga mempunyai versatiliti apabila boleh beraksi di kesemua posisi tengah padang.
Bersama skuad New Zealand, dia sudah melakukan 23 penampilan serta menghasilkan satu gol. Jika diturunkan, pastinya pertarungan hebat di bahagian tengah akan berlaku bersama-sama pemain Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram