Terbuka Artik: Sze Fei-Izzuddin, Soon Huat-Shevon mara ke separuh akhir


  • Podium
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Sze Fei-Nur Izzuddin dalam usaha melangkah ke perlawanan terakhir buat kali ketiga tahun ini. — Agensi

PEMAIN beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani meneruskan rentak cemerlang dalam Terbuka Artik dengan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Mereka yang berada di kedudukan kelapan dunia berjaya menundukkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto 23-21, 22-20 dalam aksi yang berlangsung selama 73 minit pada Jumaat.

Kejayaan melangkah ke peringkat terbabit akan menyaksikan mereka berdepan sama ada beregu no 1 dunia, Liang Weikeng-Wang Chang dari China atau sebuah lagi pasangan tanah air, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

BACA LAGI: Purple League pernah gegar arena badminton negara, adakah liga profesional akan kembali?

BACA LAGI: Zii Jia, Pang Ron-Su Yin menang straight set, mara ke suku akhir Terbuka Artik

#BWF - Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai memastikan kita mendapat aksi

Pasangan Soon Huat-Shevon melangkah ke pusingan separuh akhir Terbuka Artik. SPOTV

Sekiranya mereka layak ke perlawanan akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin akan ke final ketiga musim ini selepas turut berbuat demikian ketika Terbuka China dan Jepun.

Kenangan manis turut direkodkan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang menundukkan sebuah lagi pasangan negara, Hoo Pan Ron-Cheng Su Yin dalam kategori tersebut.

Soon Huat-Shevon yang berada di kedudukan ke-10 dunia mengambil masa 40 minit untuk menempah tiket ke separuh akhir dengan keputusan 21-19, 21-15 dicatatkan.

Pasangan tersebut akan berdepan beregu Indonesia, Rinov Rinaldy-Pitha atau Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China yang bakal bertemu di pusingan suku akhir pada Sabtu.

Jika Soon Huat-Shevon berjaya melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Artik, ini merupakan kali keempat mengulangi pencapaian terbabit selepas mara ke final Terbuka Swiss, Malaysian Masters dan Terbuka China. — The Star/R KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram