JUARA bertahan, Lee Zii Jia mara ke suku akhir perseorangan lelaki di Terbuka Artik dekat Arena Energia, Vantaa, Finland selepas menewaskan pemain Jepun, Yushi Tanaka pada Khamis.
Pemain nombor empat dunia itu mempamerkan kekuatannya menentang Tanaka pada aksi pembukaan tetapi terpaksa mengharungi cabaran hebat ketika perlawanan kedua sebelum menamatkan perlawanan 21-11, 21-18 dalam masa 42 minit.
Untuk rekod, ia adalah pertemuan pertama kali buat pemain profesional negara itu menentang pemain nombor 30 dunia berkenaan.
BACA LAGI: Terbuka Artik: Pang Ron-Su Yin langkah kanan, Kian Meng-Pei Jing pulang kecewa
BACA LAGI: Purple League pernah gegar arena badminton negara, adakah liga profesional akan kembali?

Beregu campuran negara, Pang Ron-Su Yin. — Facebook/BAM
Hasil kemenangan berkenaan, Zii Jia akan menentang sama ada wakil China, Lu Guangzu atau Koki Watanabe dari Jepun dalam saingan suku akhir pada Jumaat.
Sementara itu, Hoo Pan Rong-Cheng Su Yin meneruskan prestasi cemerlang apabila menewaskan pilihan keenam Yang Po-hsuan-Hu Ling-fang dari Taiwan 21-19, 21-12 untuk mara ke pusingan lapan terakhir.
Selepas ini, mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
