Syed Yazid Presiden baharu KLFA, tewaskan Abdullah Sani


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Syed Yazid (duduk, tengah) merupakan Presiden KLFA yang baharu.

NAMA Syed Yazid Syed Omar dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baharu selepas pemilihan dibuat.

Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Sabtu, Syed Yazid menewaskan pemangku presiden persatuan itu, Abdullah Sani Abdul Hamid menerusi penentuan satu lawan satu.

Syed Yazid memperoleh 15 undian untuk menjadi Presiden KLFA bagi penggal 2024 hingga 2028.

BACA LAGI: Isu tunggakan KWSP KL City: 'Ia akan selesai secepat mungkin' — Abdullah Sani

BACA LAGI: 'Bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja', bekas MP pertahan tindakan bawa pistol

Bagi posisi timbalan presiden, dua nama iaitu Datuk Kamarudin Hassan dan Datuk Seri Wong Yeon Chai dipilih untuk menggalas jawatan tersebut.

Legenda bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Ramlan Askolani turut tidak ketinggalan berjaya mendapatkan tempat dalam kepimpinan KLFA dengan dia mendahului senarai naib presiden bersama tiga lagi nama lain.

Tiga nama tersebut adalah Nor Asyikin Jaafar, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta dan Senator Datuk Hisamudin Yahaya.

Seramai 10 lagi nama dipilih untuk menyertai barisan ahli jawatankuasa eksekutif dengan Hanafi Jamalludin mendahului senarai tersebut.

Dia disertai Amir Mahmood Abdul Razak, Zushaidey Zulkifli, Faizul Nor, Fadil Taib, Ismirul Azlan Ismail, Abdullah Izhar Mohamed Yusof, Datuk Rozhan Ghazali, Khairul Azuan Abd Ghani dan Abdullah Abdul Hamid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram