Ramai ada kepimpinan seperti Dion Cools, Pau Marti pilih Matthew Davies kapten Harimau Malaya jumpa New Zealand


  • Podium
  • Rabu, 09 Okt 2024

Davies mengetuai Harimau Malaya menentang New Zealand.

PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Matthew Davies bakal mengetuai cabaran negara di New Zealand apabila dilantik sebagai ketua pasukan baharu Harimau Malaya.

Lantikan itu dibuat oleh pengendali sementara skuad kebangsaan, Pau Marti selepas ketiadaan Dion Cools yang tidak menyertai panggil Harimau Malaya kali ini akibat masalah keluarga.

Davies akan menjadi kapten Malaysia apabila menentang New Zealand dalam aksi persahabatan pada 14 Oktober kelak.

BACA LAGI: Jumpa kelab dulu sebelum lawan New Zealand tetap bagus untuk Harimau Malaya — Pau Marti

BACA LAGI: Lupakan Mats Deijl, lebih baik Pau Marti pantau 3 bek kanan 'underrated' Liga Super

Walaupun tanpa kehadiran Cools, Marti tidak risau kerana skuad yang dibawa berdepan gergasi Oceania itu mempunyai kualiti mencukupi terutamanya dari segi kepimpinan.

"Kami mempunyai ramai pemain yang mampu menonjolkan kualiti kepimpinan. Matthew Davies adalah salah seorang ketua kami dalam perlawanan ini.

"Davies akan mengambil tanggungjawab sebagai ketua pasukan. Syamer Kutty Abba juga mempunyai pengalaman untuk membantu pasukan.

"Kami menekankan aspek kerjasama, setiap orang mesti mampu untuk menyumbang (kepada pasukan)," ujarnya.

Pertemuan bertemu New Zealand itu pastinya memberi manfaat kepada skuad kebangsaan dengan kali terakhir kedua-dua negara berjumpa pada 2006.

Ketika itu, New Zealand menang 2-1. Sejak perlawanan tersebut, New Zealand semakin membangun sebagai sebuah pasukan bola sepak.

"Ia hampir 20 tahun sejak kali terakhir Malaysia menentang New Zealand, mereka adalah pasukan yang sukar dan gelanggang mereka sukar untuk diharungi.

"Kami perlu biasakan diri menentang pasukan seperti ini untuk meningkatkan keyakinan dan keputusan baik," ulas Marti. — The Star/LIM TEIK HUAT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram