PERTEMUAN Harimau Malaya bertemu New Zealand pada 14 Oktober dilihat satu perlawanan yang penting terutamanya buat Malaysia.
Hal ini kerana, ia membantu Malaysia memperoleh mata ranking yang baik kerana jika berjaya menewaskan New Zealand, potensi Harimau Malaya mendaki kedudukan dalam carta FIFA adalah tinggi kerana gergasi Oceania itu berada dalam kedudukan 100 terbaik dunia.
Walaupun begitu, ada juga pendapat penyokong berasakan keputusan bukanlah segala-galanya daripada perlawanan tersebut.
BACA LAGI: Jumpa kelab dulu sebelum lawan New Zealand tetap bagus untuk Harimau Malaya — Pau Marti
BACA LAGI: Dion Cools tak dapat turun, ramai risau Chris Wood bermaharajalela ledak gawang Harimau Malaya
Arif Aiman disaran untuk diberikan lebih kebebasan ketika menyerang.
Sambil menyedari keputusan merupakan perkara yang perlu diraih oleh Harimau Malaya, terdapat beberapa perkara mesti dibaiki oleh skuad Pau Marti ketika berdepan New Zealand.
Kepentingan untuk membaiki kualiti permainan semestinya perlu dilakukan oleh Marti supaya Harimau Malaya akan lebih kompetitif terutamanya ketika kelayakan Piala Asia 2027.
Penyokong Harimau Malaya, Azalinor Abdul Rahman, mengatakan terdapat enam aspek yang perlu dibaiki oleh Harimau Malaya ketika bertemu New Zealand.
"Menang kalah itu nombor dua. Ambil peluang belajar dan explore cara build up permainan secara perlahan-lahan. Kedua, tidak panik semasa ditekan pihak lawan.
"Ketiga, ambil peluang yang ada untuk jaringkan gol. Keempat, kekal kompak ketika bertahan," ujarnya.
Selain itu, dia juga mencadang kepada pengendali sementara Harimau Malaya untuk mencipta taktikal yang memberikan kebebasan kepada Arif Aiman.
Bintang muda itu yang merupakan senjata utama Malaysia harus diberikan lebih kebebasan supaya boleh merempuh pertahanan New Zealand pelbagai cara.
"Kelima, perlu pantas ketika melakukan serangan balas. Keenam, beri sedikit kebebasan kepada Arif Aiman.
"Enam perkara ini saja dulu, nanti masa lawan India saya beri perkara lain," ulasnya.
Walaupun ramai mengharapkan keputusan yang baik bertemu New Zealand, tetapi permainan berkualiti masih menjadi keutamaan supaya Harimau Malaya akan terus menjadi pasukan digeruni terutamanya lawan yang berada di ranking lebih atas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram