'Bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja', bekas MP pertahan tindakan bawa pistol


  • Massa
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Kelihatan pistol Abdullah Sani berada pada pinggangnya ketika beliau bangun pada akhir sidang akhbar tersebut.

BEKAS Ahli Parlimen PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahan tindakannya bawa sepucuk pistol terselit di pinggang, ketika mengadakan sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Abdullah Sani menjelaskan perkara itu bagi menjawab kebimbangan orang awam selepas video tersebar menunjukkan beliau membawa senjata api dalam sidang media anjuran Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan kapasitinya sebagai pemangku presiden.

Beliau menegaskan penting baginya selaku pemegang dan pemilikan lesen senjata api sejak 2012, memastikan senjata tersebut sentiasa ‘berada dalam jagaan’.

BACA LAGI: Peruntukan RM100 juta diluluskan selenggara jalan di Semenanjung — Ahmad Maslan

BACA LAGI: Keluarga Altantuya fail saman JDS terhadap Razak Baginda berhubung hutang RM9.25 juta

"Sebagai pemegang lesen senjata api sejak 2012 dan memiliki senjata api, senjata tersebut tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat dan hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya.

"Jadi bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi," ciapnya dalam X.

Dalam video itu, kelihatan pistol Abdullah berada pada pinggangnya ketika beliau bangun pada akhir sidang akhbar tersebut.

Abdullah adalah Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum memenangi kerusi Parlimen Kapar dalam Pilihan Raya Umum 2018 melalui gabungan Pakatan Harapan (PH).

Malangnya, beliau gagal mempertahan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 selepas tewas kepada calon PAS, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 11,782 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram