TMJ, JDT sudah 'ajar' cara jaga padang lebih 10 tahun lalu


  • Podium
  • Isnin, 07 Okt 2024

Tunku Ismail sudah beberapa kali menekankan kepentingan penjagaan padang kepada pengurusan kelab Liga Super.

ISU penjagaan padang sekali lagi hangat diperkatakan selepas masalah berkenaan menjadi punca aksi Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu lalu ditangguhkan.

Hujan lebat yang turun sejak kira-kira pukul 7 malam menyebabkan padang di venue perlawanan berlecak dan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk menganjurkan perlawanan.

Kecewa akan perkara berkenaan, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menceritakan bagaimana penjagaan padang merupakan perkara asas yang sering diendahkan pihak pengurusan kelab.

BACA LAGI: Dah cakap sejak 10 tahun lepas, 90 peratus padang dalam negara masih teruk — TMJ

BACA LAGI: KBS, TMJ 'offer' lebih RM800,000 bantu kelab Liga M baiki mutu padang

2950926

Padang di Stadium Perak tidak berada dalam keadaan terbaik berikutan hujan lebat.

Menurutnya, perubahan untuk menaik taraf infrastruktur berkenaan sudah diambil kelab sekitar Asia Tenggara, namun ia masih tidak ditekankan pasukan Liga Super.

"Peruntukan dah ditawarkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) tetapi semua kelab tak terima. Dapat padang free pun tak mahu terima. Pasal tak sanggup maintain RM200,000 setahun. Kerusi berjuta boleh bayar. Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar," tulisnya.

Teguran sedemikian bukanlah perkara baharu kerana saban tahun, isu pengurusan padang menjadi topik utama arena bola sepak tanah air dengan jalan penyelesaian masih belum diberikan.

Selain menggunakan alasan kekangan kewangan, pihak pengurusan kelab Liga Super seperti beranggapan isu tersebut tidaklah sebesar apa yang difikirkan kerana mereka lebih cenderung membawa masuk pemain baharu saban musim.

tejuk.jpg_1631614725

Padang di Stadium Sultan Ibrahim tidak pernah mengecewakan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Bagaimanapun, bagi Tunku Ismail yang juga merupakan Penaung Sultan Johor, penjagaan padang di stadium merupakan perkara utama bagi JDT kerana ia sudah dititikberatkan sejak awal lagi.

Ini kerana, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan bola sepak di negeri itu, perkara itu sudah ditekankan melihat kepada perkongsian yang kerap mengenainya di laman Facebook JDT.

Dalam satu 'posting' bertarikh 15 Julai 2014, jaguh Liga Super berkenaan tampil menceritakan bagaimana pihak pengurusan berusaha memastikan padang di Stadium Larkin, Johor berada dalam keadaan terbaik.

"Padang Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, kehijauannya menjadi penyedap mata memandang malah penjagaan padang yang rapi turut membantu kelancaran aksi perlawanan, bagaimanapun tidak ramai yang tahu watak di sebalik tabir padang ini," tulisnya.

10511148_850728541605516_23085763689585905_n

Penjagaan rapi dilakukan di Stadium Larkin sejak 10 tahun lalu. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Keadaan padang di stadium berkenaan sememangnya wajar diberi pujian kerana ia jauh meninggalkan pencabar lain pada waktu itu, apatah lagi hari ini dengan senario sama dapat disaksikan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor milik JDT.

Di samping kerap meraih pujian, penjagaan rapi dan berkala menyaksikan padang di 'rumah' baharu skuad Harimau Selatan tidak pernah mengecewakan selepas kira-kira empat tahun digunakan.

Setakat ini, padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu milik skuad Sang Penyu dan Stadium MBPJ, Selangor yang digunakan Selangor FC boleh dianggap memuaskan.

Ini menunjukkan beberapa kelab Liga Super sudah menyedari kepentingan penjagaan padang dengan ia diharap dapat membuka mata lebih banyak pasukan untuk memberi penekanan terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram