Penyertaan kelab Liga A1 beri peluang 3 otai lokal serikan Piala Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Dari kiri: KL Rovers, PT Athletics dan Melaka FC diberikan peluang berentap dalam Piala Malaysia berdasarkan kedudukan masing-masing.

SAINGAN Piala Malaysia akan kembali tidak lama lagi dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan format kalah mati akan digunakan yang bakal menyaksikan sebanyak 16 pasukan berentap.

Pertandingan yang akan bermula pada 8 November depan itu akan disertai kesemua 13 kelab Liga Super dengan sebanyak tiga wakil dari Liga A1 Semi Pro juga akan berentap.

Format sebegini bukanlah kali pertama digunakan kerana sejak 2022, pendekatan tersebut diambil bagi memastikan pemain tidak berdepan isu keletihan bagi setiap perlawanan.

BACA LAGI: Seperti ulangan Piala FA, 4 pemain tumpuan JDT-Selangor menjelang final Piala Futsal Malaysia 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Kisah 6-1: 'Scoreline' paling ikonik Liga Malaysia

462402667_1106494797499666_1919460171679740250_n

Penyertaan tiga kelab itu akan memeriahkan lagi saingan Piala Malaysia. Facebook/Hot_Ice

Jadi, dengan struktur berkenaan diteruskan, MFL mengambil keputusan 'menjemput' tiga pasukan teratas Liga A1 Semi Pro ketika ini iaitu Melaka FC, PT Athletics dan Kuala Lumpur (KL) Rovers.

Meskipun undian masih belum berlangsung, saingan sudah tentu dapat diberikan kelab semi pro berkenaan melihat kepada kualiti serta persembahan diberikan dalam liga mereka musim ini.

Selain itu, kualiti pemain yang dimiliki ketiga-tiga pasukan tersebut juga tidak boleh dipandang remeh dengan ada daripada mereka mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super serta skuad kebangsaan.

Kehadiran mereka pasti akan merancakkan lagi saingan Piala Malaysia 2024/25 dengan pasukan pilihan akan menurunkan skuad terbaik, sekali gus menaikkan semula kehangatan pertandingan terbabit.

1. Amri Yahyah (PT Athletics)

Melihat kepada skuad PT Athletics ketika ini, terdapat lambakan pemain yang dahulunya pernah beraksi dalam Liga Super seperti Indra Putra Mahayuddin, Nurshamil Ghani dan Fandi Othman.

Namun, tumpuan pasti diberikan kepada penyerang sayap, Amri Yahyah kerana dia sanggup keluar daripada persaraan untuk menyertai pasukan yang dibimbing Nazrulerwan Makmor.

Usianya yang sudah mencecah 43 tahun bukanlah penghalang buatnya untuk kembali ke tahap terbaik dengan beberapa gol sudah direkodkannya dalam kempen Liga A1 Semi Pro.

LENS ACTION   Not the outcome we hoped for, but proud of the effort. We’ll bounce back stronger!Having a good recovery team.  #afl #pafc #putrajayaathleticfc #putrajaya #bolamalaysia #ligamalaysia #a1semipro  #a1sem

Amri merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam Liga A1 Semi Pro musim ini. Instagram/PT Athletics

Sumbangan cemerlang berkenaan membolehkan pasukan Lembah Klang itu berada di tangga ketiga liga setakat ini dengan hanya empat mata membezakan mereka dengan pendahulu, Melaka FC.

Jadi, sekiranya prestasi itu dapat diteruskan, terdapat kemungkinan besar PT Athletics dapat melangkah ke pusingan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kelab terbabit diundi bertemu lawan yang mudah.

Amri juga pasti tidak mahu ketinggalan peluang diturunkan secara kerap dengan Nazrulerwan pasti mengharapkan pengalaman pemain kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu dapat memberikan kelebihan buat pasukannya.

2. Nasir Basharudin (Melaka FC)

Melaka FC sudah tentu akan menjadi pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam kempen Piala Malaysia kali ini dengan lawan yang bakal diundi pasti akan memberi perhatian terhadap kebolehan sebenar mereka.

Prestasi menakjubkan dalam kempen Liga A1 Semi Pro itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan pasukan itu kini berada di bawah kendalian pengendali berpengalaman, K Devan.

Namun, kredit masih perlu diberikan kepada pemain yang beraksi dengan cemerlang setakat ini, terutamanya buat Nasir Basharudin yang juga memikul peranan kapten pasukan.

460810206_910063377842899_4849532153167086398_n

Nasir merupakan salah seorang tonggak utama Melaka FC musim ini. Facebook/Melaka FC

Dia yang boleh beraksi dalam beberapa posisi, seperti pemain tengah bertahan dan bek tengah memiliki keupayaan untuk membantu pasukannya beraksi dengan cemerlang melihat kepada pengalamannya sepanjang bertahun-tahun beraksi di Liga Super.

Kelebihan itu sudah tentu diharapkan dapat dicurahkannya untuk membantu Melaka FC bersaing dalam kempen Piala Malaysia dengan cabaran besar sudah tentu menanti mereka.

Malah, Nasir juga pasti tidak berasa asing dengan pertandingan tersebut kerana dia pernah menjuarainya pada 2018, iaitu ketika masih bersama skuad The Bos Gaurus (TBG).

3. Raffi Nagoorgani (KL Rovers)

Sebuah lagi pasukan Liga A1 Semi Pro yang akan berentap dalam Piala Malaysia 2024/25 ialah KL Rovers memandangkan mereka kini berada di tangga ketiga liga dengan hanya perbezaan jaringan membezakan mereka dengan PT Athletics.

Meskipun tidak memiliki skuad terbaik, kelab Lembah Klang berkenaan masih mempunyai kebolehan mencipta keputusan positif untuk menduduki kedudukan lebih baik berbanding pasukan lain.

Namun, seperti PT Athletics FC dan Melaka FC, KL Rovers masih mengharapkan perkongsian pengalaman daripada pemain yang pernah bertahun-tahun meluangkan karier di Liga Super.

79512096_814963215619879_4138544681568960512_n

Raffi pernah beraksi dalam beberapa pasukan sepanjang kariernya. Facebook/Penang FA

Melihat kepada skuad mereka, pemain dengan pengalaman luas dalam arena bola sepak tanah air ialah Raffi Nagoorgani yang merupakan bek tengah buat kelab terbabit.

Sebelum membiasakan diri dengan arena bola sepak semi pro, anak jati Perak itu menghabiskan majoriti daripada kariernya di negeri Utara tanah air itu dengan pelbagai kenangan manis sempat diraih.

Pengalaman berkenaan sudah tentu diharapkan dapat dicurahkan bekas pemain skuad TBG terbabit untuk memastikan perjalanan KL Rovers dalam kempen Piala Malaysia tidak terhenti di pusingan awal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram