SAINGAN Piala Malaysia 2024 akan diserikan dengan kehadiran tiga kelab amatur yang berjaya mencuri slot ke kejohanan berprestij tanah air itu.
Berita baik itu dikongsikan oleh Amateur Football League di laman rasmi Facebook pada Rabu.
"Tiga pasukan teratas dalam saingan Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024/2025 iaitu Melaka FC, PT Athletic FC dan Kuala Lumpur (KL) Rovers.
"Ketiga-tiga pasukan tersebut layak selepas berakhirnya pusingan pertama saingan liga dan berjaya mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala Malaysia 2024 yang dijangka bermula November ini," katanya.
BACA LAGI: Pemenang AFF 2010 mahu kembali ke Liga Super, 2 kelab Pantai Timur jadi destinasi
BACA LAGI: Aksi GP Perak paling mendebarkan, 2 pasukan 'jodoh kuat' kali ketiga bertemu
PT Athletic membariskan beberapa pemain veteran yang mempunyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia. — Facebook/PTAthletic
Susulan pengumuman itu, Melaka FC, PT Athletic FC dan KL Rovers dilihat seakan-akan memberi laungan awal untuk menjadi antara pasukan yang digeruni menjelang saingan Piala Malaysia nanti.
Dalam pada itu, sudah pasti ramai penyokong tanah air tidak sabar untuk melihat kehebatan yang akan ditampilkan oleh ketiga-tiga kelab amatur tersebut apatah lagi sekiranya bakal bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim.
Menariknya saingan Piala Malaysia kali ini, kerinduan penyokong tanah air untuk menyaksikan beberapa pemain veteran beraksi dalam kejohanan itu akhirnya terubat.
Tumpuan pastinya tertumpu kepada kelab PT Athletic FC yang dilihat bakal memberi cabaran sengit kepada kelab Liga Super selain membariskan ramai pemain veteran seperti Indra Putra Mahayuddin, Amri Yahyah, Hafiz Ramdan dan Fandi Othman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram