BARISAN pertahanan Real Madrid musim ini sememangnya mengecewakan kerana melihat kepada lima perlawanan terakhir, gergasi bola sepak Sepanyol itu hanya merekodkan satu 'clean sheet'.
Meskipun masih memegang rekod jumlah gol dibolosi paling sedikit dalam kempen La Liga, isu berkenaan membuatkan skuad Los Blancos tercicir mata dalam tiga perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri.
Jadi, tumpuan sudah tentu diberikan pengurus, Carlo Ancelotti dan pihak pengurusan kelab yang mahu menyelesaikan masalah kegoyahan benteng pertahanan pada jendela perpindahan akan datang.
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Jese Rodriguez ke JDT, Selangor pernah dapat sentuhan bekas pemain Real Madrid
BACA LAGI: Belum puas, JDT sasar 2 import Sepanyol termasuk penyerang DNA Barca

Barisan pertahanan Real Madrid masih belum cukup utuh. — Agensi
Perkara itu sememangnya menjadi fokus Real Madrid ketika ini yang mula dikaitkan dengan bek tengah Arsenal, William Saliba yang mula mengukuhkan namanya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Berdasarkan laporan media Sepanyol, pemain antarabangsa Perancis berkenaan sudah berada dalam radar pengurusan, termasuk Ancelotti yang difahamkan sudah mencari jalan untuk memikat hatinya ke kelab berkenaan.
Ini selepas mereka teruja menyaksikan persembahannya yang membantu Arsenal menduduki tangga ketiga EPL selepas tujuh perlawanan dengan hanya enam gol dibolosi.
Selain itu, Real Madrid difahamkan sudah tertarik dengan kebolehan Saliba sejak pemain pertahanan itu beraksi di negara kelahirannya bersama Olympique de Marseille beberapa musim lalu.

Saliba pasti sukar menolak tawaran untuk berhijrah ke Real Madrid. — Agensi
Jadi, dengan benteng pertahanan Los Blancos sedikit goyah musim ini, pelaburan secara besar-besaran pasti akan dibuat untuk membolehkan mereka kembali menjadi pasukan terbaik di dunia.
Ketika ini, nilai Saliba berdasarkan laman sesawang transfermarkt mencecah €80 juta (RM376 juta) dengan amaun lebih lumayan pasti diperlukan untuk mendapatkan khidmatnya.
Isu berkenaan pasti tidak akan membebankan Real Madrid yang mengaut keuntungan bernilai ratusan juta ringgit beberapa tahun kebelakangan ini menerusi kutipan tiket, penajaan dan kejayaan di atas padang.
Selain Saliba, Real Madrid juga difahamkan sedang cuba membawa masuk beberapa pemain baharu, termasuk Trent Alexander-Arnold dari Liverpool serta Rodri yang merupakan tonggak Manchester City. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
