[VIDEO] Sebelum Jese Rodriguez ke JDT, Selangor pernah dapat sentuhan bekas pemain Real Madrid


  • Podium
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Jese bukanlah bekas pemain Real Madrid pertama yang beraksi di dalam Liga Malaysia.

ARENA bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai perpindahan bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez ke bumi Johor Darul Takzim.

Menurut tabloid sukan yang berpangkalan di Sepanyol, Marca, penyerang dan pemain sayap berusia 31 tahun itu akan menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut mengesahkan perpindahan itu dan mengumumkan ia akan berlaku dalam masa terdekat.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa berat sebelah, pengadil Indonesia pengsan ditumbuk pemain berang

Kemasukan Jese dipercayai akan menggantikan Enzo Lombardo yang mengalami masalah kecederaan di kala JDT memerlukan kesemua pemain import kekal cergas bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Jese sebelum ini pernah beraksi untuk beberapa kelab ternama seperti PSG, Real Madrid, Stoke City, Real Betis dan Coritiba yang berpangkalan di Brazil.

Namun begitu, Jese bukanlah bekas pemain Real Madrid pertama yang beraksi di dalam Liga Malaysia.

Ini kerana, pada 2006 di zaman kegemilangan Selangor, bekas pemain nasional Serbia, Perica Ognjenovic pernah mewarnai kancah liga bola sepak tempatan dengan menyertai Gergasi Merah.

Ognjenovic adalah bekas pemain Real Madrid dan pernah beraksi untuk beberapa kelab lain di Eropah.

Main

Ognjenovic menyarung jersi nombor 10 bersama Selangor.

Kehadiran Ognjenovic di Selangor pada ketika itu diharapkan dapat memberi impak besar kepada pasukan kerana pengalaman luasnya di pentas bola sepak antarabangsa.

Namun, prestasinya di Selangor tidak begitu menyerlah seperti yang diharapkan ia berikutan faktor kecederaan dan usia mungkin mempengaruhi kemampuannya untuk memberi impak yang besar di dalam Liga Malaysia,

Tetapi kemasukannya tetap menjadi perhatian kerana latar belakangnya yang bermain di kelab besar seperti Real Madrid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram